Kak Ros Dinik4hi Tok Dalang – Makin Menjadi-jadi Upin Ipin ‘Dis3ksvalkan’!

Kartun animasi Upin Ipin sememangnya cukup terkenal dan mendapat sambutan dalam kalangan kanak-kanak di Malaysia dan Indonesia. Animasi terbitan Les’ Copaque ini telah menghasilkan beberapa buah siri animasi dan filem termasuk Geng: Penggembaraan Bermula.

Tapi menyedihkan apabila kartun animasi tersebut diolah baharu pihak tidak bertanggungjawab menjadi tayangan yang kurang sesuai bagi penonton kanak-kanak di bawah umur.

Malah, didapati laman akaun YouTube tersebut juga meletakkan tajuk dan foto thumbnail yang kurang sesuai untuk tontonan umum.

Seorang pengguna Facebook, Siti Fatimah Mohd Hadhari berkongsi beberapa foto tangkap layar yang diambil menerusi laman YouTube.

Dia terkejut melihat beberapa klip cadangan video di bahagian explore terdapat animasi Upin Ipin yang kelihatan tidak sesuai bagi kanak-kanak.

Bukan itu sahaja, tajuk dan foto pada laman YouTube berkenaan juga kelihatan terlaluan bagi tontonan kanak-kanak.

Kredit foto: FB/YouTube

Malah, di ruangan komen posting berkenaan, ramai beranggapan video-video tersebut adalah bukan dari keluaran Malaysia tetapi dilakukan semula sebagai parodi di negara seberang.

Buat ibu bapa yang risaukan anak-anak anda menonton video tidak sepatutnya, anda dinasihatkan untuk memuat turun aplikasi YouTube Kids. Di mana aplikasi bagi YouTube Kids ini telahpun ditapis isi kandungan dan sesuai bagi anak-anak anda menonton kartun animasi ketika di rumah.

Ataupun, anda boleh menutup ‘Restricted Mode’ pada bahagian setting akaun YouTube anda. Caranya mudah saja, boleh ikuti langkah-langkah seperti di bawah:

Cara kedua untuk menapis dan mengawal tontonan video di YouTube buat anak anda adalah aktifkan ‘Restricted Mode’ pada bahagian Setting akaun YouTube.

Ataupun anda boleh menekan logo akaun YouTube anda yang terdapat di sebelah kanan bahagian atas. Kemudian, anda perlu menekan ‘Restricted Mode’ yang terdapat di bawah sekali dan aktifkan ‘Restricted Mode’ seperti disarankan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:ohbulan

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.