“Subhanallah..Contoh Yang Sangat Baik”-Usaha Amar Baharin Dipuji

Menghafaz al-Quran merupakan antara amalan yang mulia disisi Allah SWT. Di samping itu, ia juga memerlukan kaedah yang betul serta komitmen tinggi dalam mengingati ayat-ayat suci tersebut.

Kebelakangan ini, suami kepada aktres Amyra Rosli iaitu Amar Baharin yang juga seorang pelakon semakin menunjukkan minat untuk menghafaz pelbagai surah.

Perkara itu dapat dilihat berdasarkan posting di laman Instagram miliknya dimana sebelum ini, pelakon drama Cemburu Seorang Perempuan itu telah berjaya menghafaz  30 ayat daripada surah Al-Mulk.

Hari ini, pelakon berusia 35 tahun itu memuat naik satu video terbaru di Instagram menunjukkan dia sedang membaca hafalan surah Al-Baqarah ( ayat 284 – 286 )

Al-Baqarah ( ayat 284 – 286 )

3 ayat pon berpeluh nak hafal… Amar Amar…

Siapa hafal surah penuh Al-Baqarah ✋🏻 ? Hebat anugerah Allah bagi kat penghafal Al Quran ni masyaallah

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Amar Baharin (@amarbaharin)

Jom Al-Mulk dulu sebelum tidur. Tak lama 7 minit je satu surah

Tak dapat bayangkan hebatnya anak-anak tahfiz yang menghafal Al-Quran. Saya baru terlupa baca 2 hari dah sangkut2. Semoga anak2 kita jadi penghafal Al-Quran amin 🤲🏻

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Amar Baharin (@amarbaharin)

Alunan bacaan al-Quran Amar itu kedengaran lancar dan bagus. Meninjau ke ruangan komen, kebanyakan netizen memberi reaksi kagum dan meninggalkan komen positif terhadap bacaan tersebut.

KOMEN NETIZEN:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

TEKS BY STAFF KL MENJERIT

Sumber:Instagram Amar Baharin

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.