“Ya Kak Kepom Pregn4nt”- Elly Mazlein Akvi Kini Ham1l An4k Kedua

Selebriti verstail, Elly Mazlein akhirnya akui bahawa dirinya kini hamil anak kedua. Pendedahan itu dibuat Elly atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlina binti Syed Hanafi menerusi laman Instagram nya malam tadi.

Teruja Menanti ‘Orang Baru’ 

Menurut Elly yang juga mesra disapa sebagai Kak Lina Pom Pom, meluahkan rasa syukur dan teruja kerana bakal dikurniakan seorang lagi cahaya mata.

“SYUKUR ALHAMDULILLAH.. INSYAALLAH TAK LAMA LAGI AKAN HADIR NYAWA KECIL DALAM KELUARGA KAMI”

“ATOK AKAN DAPAT CUCU LAGI .. PAPA AKAN DAPAT SEORANG LAGI ANAK MANJA DAN KAKAK MANJA AKAN DAPAT ADIK ( TAPI KAKAK MANJA MINTAK “SISTER” MANA-MANA PUN TAK APA ,HANYA MENDOAKAN BABY SIHAT DAN DIPERMUDAHKAN)”

“DAN MAMA TAK SABAR NAK MENJAGA KESEMUA NYAWA SURI HATI NI,” KATANYA.

Jelas Elly, dia berterima kasih kepada semua yang telah mendoakannya selama ini dan mengharapkan agar kandungannya berada dalam keadaan sihat.

“TERIMA KASIH DI ATAS DOA, WAHAI KESAYANGAN SEMUA .. TERIMA KASIH SENTIASA BERSAMA SAYA DARI SAAT GETIR HINGGA SAAT PELANGI KEBAHAGIAN DATANG MENERPA ”
“DOA SAYA ,AGAR ALLAH PERMUDAHKAN URUSAN ANDA SEMUA ..
“DAN AKHIR SEKALI JAWAPAN BAGI SEMUA SOALAN ADALAH? ALHAMDULILLAH, YA KAK KEPOM PREGNANT,” KONGSINYA LAGI

Bagaimanapun, pelantun Dusta Cinta ini tidak mendedahkan usia kandungannya.Terdahulu, Murai.my melaporkan Elly didakwa sedang hamil apabila jelas kelihatan ‘baby bump’ pada perutnya. Namun, Elly bertindak untuk mengunci mulut sehingga mendedahkannya pada umum malam tadi (Isnin).

 

View this post on Instagram

 

A post shared by 💋SaraAzlan💋 (@iamellymazlein)


Sekadar info, Elly telah mendirikan rumah tangga dengan seorang guru, Muhammad Azlan Che Nuh, 31, pada 18 Januari, tahun lalu. Sebelum ini, Elly pernah berkahwin dengan pengarah, Azmi Hatta pada 2014, namun bercerai pada 2015 ketika hamil empat bulan. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya perempuan, Putri Sara Sefhia,5 tahun.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:Murai

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.