Betul-Betul Minat Ni! Neeloya Sanggvp Pinj4m Alas Meja Jiran.

GARA-gara terlalu minat dengan Neelofa, seorang wanita sanggup meminjam alas meja jiran untuk dijadikan veil bagi meniru gaya dan imej artis kegemarannya itu.

Pemilik akaun TikTok Nadia Idris, 31, memuat naik sebuah video yang memaparkan bagaimana dia meniru pemakaian dan solekan Neelofa ketika majlis pernikahan artis tersebut.

Ramai yang memuji kebolehan wanita tersebut kerana berjaya meniru semula penampilan artis kegemarannya, ditambah dengan gayanya yang tersendiri.

ARTIKEL BERKAITAN:Kuasa mekap! Pengantin ada parut di muka disolek cantik, dah macam Ayda Jebat – “Suami cakap langsung tak malu”

ARTIKEL BERKAITAN: Gadis buat TikTok nak test betul ke wajahnya macam Neelofa, terkejut bangun pagi keesokan harinya – “Sebenarnya saya tak ada tahi lalat pun”

“Saya memang peminat tegar Neelofa. Harap dia pun akan perasan la kalau saya buat solekan look tu”

“Orang dekat Facebook memang dah tahu saya gelarkan diri saya Neeloya,” katanya ketika dihubungi mStar.

Dia menggunakan kreativitinya untuk bergaya dengan bajet yang rendah.

Lebih mesra disapa Nadia, video tersebut tular kerana dia meminjam alas meja jirannya untuk dijadikan veil sepertimana digayakan Neelofa ketika hari pernikahannya.

Menurut anak kelima daripada enam beradik itu, dia tidak menyangka video tersebut akan mendapat hampir 200,000 tontonan di aplikasi TikTok.

“Saya cuba untuk recreate semula look tersebut daripada makeup sehinggalah ke baju.

“Tak nak menggunakan bajet yang banyak, saya pakai je baju nikah saya dan pinjam alas meja dari jiran. Sebab saya tahu dia ada banyak koleksi kain jenis kait,” katanya yang merupakan ibu kepada dua anak.

Dia okay je bila saya kata saya nak pinjam. Kami memang rapat macam kawan.
NADIA IDRIS
Tambahnya Nadia, dia sememangnya mempunyai hubungan yang baik dengan jiran sebelah rumahnya, Nor Sharmiza, 34.

Justeru, tidak hairanlah Nor Sharmiza dengan murah hati menolong Nadia mencari alas meja yang sesuai untuk digunakan dalam rakaman video.

“ Dia okay je bila saya kata nak pinjam. Kami memang rapat macam kawan.

“Dia kata nanti dia tolong carikan alas meja.” katanya yang berasal dari Kuala Kangsar, Perak.

Nadia telah berkahwin selama lima tahun dan dikurniakan dua orang cahaya mata.

Nadia sebelum ini merupakan seorang jurusolek. Dia juga menghadiri kelas dan menonton video di Youtube untuk menambah lagi ilmu persolekan.

Namun selepas berkahwin dan dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki yang berumur setahun lebih dan lima tahun, dia tidak lagi menyediakan perkhidmatan tersebut.

Kini Nadia merupakan seorang pengasas scrub muka yang diperbuat dari kelapa dan menjual produknya secara online sejak tiga tahun lalu.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:Mstar

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.