“Ingat Apa Yang Kamu Semua Pernah Katakan Pada Aku?” – Sarah Hildebrand S1ndir Peminat Setia Neelofa, Nyahaktif Akaun Instagram

Pelakon Sarah Hildebrand semalam ada memuat naik status kontroversi mengenai isu Neelofa di mana dia seolah-olah memulangkan paku buah keras kepada peminat setia personaliti terkenal itu yang pernah mengecam perubahan penampilannya sebelum ini.

Sumber : Google  

Sarah,30, telah menulis sebuah status khas ditujukan buat peminat fanatik usahawan terkenal itu yang katanya, pernah menyamakan Neelofa dengan keperibadian isteri Nabu Muhammad S.A.W, Siti Khadijah.

Sumber : Astro Gempak  

“Sekarang apa? Apa yang kamu boleh katakan pada diri kamu (peminat fanatik Neelofa)? Ingat lagi tak apa yang pernah kamu katakan kepada aku dulu? Kamu membandingkan dia (Neelofa) dengan isteri Rasullulah S.A.W., Khadijah, wanita yang tiada tolok bandingnya dengan sesiapa pun di atas muka bumi ini. Berfikirlah dan berhenti menjadi kelakar. Ini bukannya sarkas.”

Manakala di satu hantaran berbeza Sarah turut meletakkan gambarnya bersebelahan dengan foto Neelofa sambil menunjuukan emoji jari tengah di Instagram Storynya.

Meninjau ruangan komen, ramai peminat dan pengikut media sosial pelakon Pujaan Hati Kanda itu memberi reaksi yang pelbagai dan beranggapan Sarah sepatutnya tidak mengambil kisah dengan sikap netizen yang suka bercakap dan mengkritik.

Sumber : Astro Gempak  

Namun, setelah beberapa ketika, Sarah dilihat telah menyahaktifkan akaun media sosial Instagramnya itu.

Terdahulu, kisah Sarah dan Neelofa ini mula tercetus apabila dia tampil mengkritik pengacara MeleTOP itu yang mengadakan pelancaran koleksi tudung jenamanya di sebuah kelab malam di ibu kota sekitar tahun 2018 yang lalu.

Sumber : Google  

Kemudiannya, peminat mula membanding-bandingkan kedua-dua personaliti ini apabila Sarah mengambil keputusan untuk kembali membuka tudung manakala Neelofa pula berhijrah dengan berhijab dan berniqab.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:Gempak

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.