Kongsi Foto Berpeg4ngan T4ngan, Rakan Selebriti Tervja Syafiq Kyle Dan Mimi Lana Kembali Dilamvn C1nta

Perkongsian foto mesra pelakon Mimi Lana di laman Instagram nya menarik perhatian peminat dan rakan-rakan selebriti untuk membanjiri ruangan komen dengan pelbagai ucapan.

Saling Berpegangan Tangan

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MIMS (@missmimilana)

Dalam foto tersebut kelihatan Mimi dan Syafiq Kyle berpegang tangan di dalam sebuah kenderaan bersama kapsyen yang romantis sekaligus menggambarkan status hubungan mereka terkini.

“AWAK TELAH MENYENTUH SAYA TANPA PERLU MENYENTUH SAYA” TULIS MIMI ATAU NAMA SEBENARNYA MIMI ROZAIANA BINTI ZAINAL ABIDIN.

Dilamun Cinta 

Sementara itu, menjengah ke IG Stories Mimi dan Syafiq kedua-duanya kelihatan saling berkongsi hantaran yang sama(foto di laman Instagram Mimi) diiringi lagu Japanese Denim nyanyian Daniel Caesar. Dalam posting berkenaan juga, Mimi turut mmenulis beberapa keratan bait lirik tersebut sebelum dibalas Syafiq dengan emoji ‘Love’.

“I’M SO IN LOVE, SO IN LOVE. THERE’S NO ONE ABOVE UP ABOVE. FOREVER’S A LONG TIME, YES..” TULISNYA

Rata-rata peminat dan rakan selebriti seperti Azira Syafinaz, Fazura, Nad Zainal serta ramai lagi meninggalkan komen emoji ‘love’ selain mengharapkan agar pasangan selebriti ini segera mendirikan rumahtangga.

Sebagai info, terdahulu sekitar Jun 2020, kedua-dua pelakon ini mengambil keputusan untuk berpisah setelah lima tahun menjalin ikatan cinta berikutan akui sudah lagi tiada persefahaman antara mereka. Bagaimanapun, Syafiq dan Mimi dilaporkan kembali bercinta pada penghujung 2020.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:murai

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.