Setelah berdolak-dalik dengan pelanggaran Prosedur Operasi Standard (SOP) baru-baru ini, selebriti Neelofa akhirnya memohon maaf secara terbuka.
Mengaku tidak sensitif dan terlepas pandang ketika majlis pernikahan dan isu merentas negeri, isteri kepada PU Riz itu bersedia menerima apa sahaja hukuman daripada pihak berkuasa.
Bagaimanapun, bagi netizen permohonan maaf itu hanyalah kerana seterunya, Fazura yang menjadi duta satu jenama kasut ‘trending’ di media sosial. Terciduk ke tu?
Selebriti dan usahawan terkenal, @Neelofa memohon maaf secara terbuka kerana melanggar prosedur standard operasi (SOP) pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam penganjuran majlis pernikahannya dengan pendakwah PU Riz pada 27 Mac lalu.#AWANInews #AWANI745 pic.twitter.com/JVXYN19RYo
— 🇲🇾Astro AWANI🇲🇾 (@501Awani) April 9, 2021
Foto :IG
Biarpun permohonan maaf itu jelas menunjukkan kekesalan Neelofa, namun segelintir netizen berpendapat ia adalah kerana terdesak apabila orang ramai menumpukan kepada jenama pesaing selipar yang diwakilinya.
Foto : Twitter
Foto : Ig
Semakin hari semakin panas, nampaknya kuasa sebenar terletak di tangan netizen. Apa kata anda?
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT
Sumber:cari
PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.