Vanessa Angel Dikec4m Jual Telekung C0rak H4iwan

TINDAKAN pelakon kontroversi Indonesia Vanessa Angel menari sambil memakai telekung bertujuan untuk mempromosikan pakaian solat muslimah itu menerima kecaman netizen.

Selain kritikan mengenai aksi tariannya, netizen turut mempertikaikan mengenai corak dan motif pada kain telekung itu yang dilihat tidak sesuai digayakan semasa bersolat.

Ini kerana telekung yang dipakai itu memperlihatkan corak haiwan seperti burung berwarna hitam dan putih.

Menyedari komen yang ditulis pengikut itu, Vanessa mempersoalkan semula mengenai hukum mengenakan telekung dengan corak sedemikian.

“Jadi sebenarnya boleh ke tidak pakai telekung bergambar binatang, selama ini ibadahku kusyuk dan tidak mengganggu jumlah beras keluargamu? Mohon bantu jawab ya guys,” tulisnya.

Vanessa promosi telekung bersama model Nathalie di Instagram.

Pertanyaan Vanessa menerima pelbagai reaksi daripada pengikut dan ada yang memintanya merujuk kepada ahli agama.

Tidak lama kemudian, pendakwah Ustaz Riza Muhammad tampil menjelaskan mengenai hukum memakai telekung dengan corak haiwan.

“Telekung yang baik adalah yang mengingatkan kita pada kain kafan. Yang berwarna sahaja harus berhati-hati, apa lagi yang bergambar.

“Kalau gambar itu menganggu orang di belakangnya kerana lebih fokus pada gambar daripada mengingati Allah, maka berdosa,” jelasnya.

Bersempena kedatangan Ramadan, Vanessa Angel mengambil kesempatan menjalankan perniagaan menjual telekung.

Selain Vanessa, isteri Sule iaitu Nathalie Holscher turut membantu mempromosikan perniagaan pakaian solat itu.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:Mstar

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.