“Aidid Kahwin Dengan Serina Ketika Dia Masih Suami Saya” – Bek4s Isteri

Sejak beberapa hari lalu hangat diperkatakan mengenai penikahan pelakon Serina Redzuawan dengan seorang pegawai polis berpangkat inspektor dikenali sebagai Meor Muhammad Aidid Meor Jamaluddin

Terbaru, bekas isteri Aidid dikenali sebagai Nur Hamizah Shaffee mendakwa mereka masih lagi suami isteri ketika Serina dan Aidid mendirikan rumah tangga.

Hamizah yang juga seorang pensyarah turut menyangkal dakwaan Serina sebelum ini mengatakan bahawa Aidid berstatus duda ketika mereka bernikah.

“Saya cuma nak bersihkan nama keluarga, sebab tu saya beritahu perkara sebenar. Saya tak tahu kenapa mereka (Serina dan Aidid) perlu menipu. Memang benar Aidid berkahwin dengan Serina ketika dia masih suami saya yang sah.

“Sebenarnya hubungan saya dengan bekas suami tiada sebarang masalah dan kehidupan bahagia biarpun kadangkala terpaksa berjauhan kerana kerja masing-masing,” katanya.

Bagaimanapun, Hamizah berkata dia diceraikan Aidid pada 9 Mac lalu dan mendakwa pasangan itu berkahwin pada bulan Februari.

“Ikutkan saya nak berdiam diri sahaja, tapi apabila dia (Serina) beritahu perkara tidak betul, saya perlu bersuara. Saya syak mereka bernikah pada minggu ketiga Februari.”

“Pada awal 9 Mac lalu, saya diceraikan dengan talak satu. Cukup sebulan kami bercerai, Serina kongsi berita perkahwinan,” katanya.

Dalam pada itu, Hamizah berkata dia cuba menghubungi bapa Serina bagi menjelaskan perkara sebenar namun panggilannya tidak berjawab.

“Saya ada hubungi Chef Wan untuk jelaskan hal ini tapi tak berjawab. Dia tidak tahu apa-apa fasal pernikahan mereka.”

“Chef Wan langsung tak salah dala hal ini…saya harap netizen pun jangan menilai dengan membaca cerita satu pihak (Serina) sahaja,” katanya.

Sebelum ini, Chef Wan meluahkan rasa kecewa dan terkejut pernikahan anaknya itu langsung tidak diketahuinya. Ujarnya, lebih kecewa anaknya sudah lama berkahwin di Thailand.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:Rotikaya

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.