“Umpama M4ti Hidvp Semula”Jantvng Lel4ki Ini Tak Berfungsi 45 Minit.

Umpama Mati Hidup Semula. Jantung Lelaki Ini Tak Berfungsi 45 Minit. | Washington: Umpama mati hidup semula. Itu perasaan dialami pendaki di Amerika Syarikat (AS) yang ‘mati’ selama 45 minit sebelum jantungnya berfungsi semula.

Michael Knapinski, 45, mendaki di Taman Negara Gunung Rainier pada 7 November lalu sebelum ditemui pasukan penyelamat tentera laut dalam keadaan tidak bernyawa dan kesejukan.

Paramedik menerbangkan lelaki itu ke Pusat Perubatan Harborview di Seattle, Washington sebelum doktor melakukan bantuan kecemasan pemulihan pernafasan dan jantung (CPR) dan menggunakan mesin bantuan pernafasan.

Nasib Knapinski baik apabila selepas 45 minit berusaha menyelamatkan nyawanya, jantung lelaki itu kembali berdenyut.

Knapinski berkata, dia tersedar dua hari selepas rawatan itu diberikan.

“Apabila saya bangun, saya tak memahami apa yang berlaku.

“Saya berterima kasih kepada semua di hospital kerana tidak mengalah dengan keadaan saya yang lemah ketika itu.

“Saya masih hidup dan bernafas,” katanya dalam The Sun yang memetik WPVI-TV.

Knapinski gemar melakukan pendakian sekurang-kurangnya dua minggu sekali sebagai satu caranya menjalani gaya hidup sihat.

Difahamkan, lelaki itu berpisah dengan rakan pendakinya di Muir Snowfield sebelum meneruskan perjalanan ke Paradise, sebuah kawasan di lereng selatan gunung tempat sepatutnya mereka bertemu semula.

Namun, Knapinski tidak muncul sebelum rakannya mendapatkan bantuan kecemasan mengesannya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:Metro

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.