Bvlu Keti4k Anak Madonna Jadi Tumpuan, Kata Netizen; “Tidak Mencvkur Itu Satu Seni”

Lain yang dikongsi, lain yang diperhatikan! Itu yang terjadi kepada diva pop tersohor dunia, Madonna.

Baru-baru ini, Madonna telah berkongsi sekeping foto bersama anaknya, Lourdes di Instagram.

Dalam foto wefie terbabit, Lourdes yang berbaju hijau memegang telefon untuk merakamkan foto berdua bersama Madonna sambil aksi mereka dirakamkan lensa kamera lain.

“Like Pieces of your Heart Walking around outside of you… #lola,” tulis Madonna pada kapsyen foto berkenaan.

Namun, hal yang menjadi perhatian warganet adalah bulu ketiak Lourdes dalam aksi wefie berdua itu!

Hal yang menjadi sorotan warganet yang nakal itu dibantah keras oleh peminat setia penyanyi itu malah, menyifatkan bulu pada tubuh wanita bukan hal yang memalukan.

“2021 dan orang masih terkejut dengan bulu pada tubuh badan wanita,” tulis seorang pengguna.

“Biar betul? Gambar ini cantik, memaparkan aksi bahagia antara ibu dan anak namun orang masih bercakap tentang bulu ketiaknya? Come on…,” tambah pengguna lain.

“Terlalu banyak kebencian terhadap foto ini hanya kerana dia (Lourdes) tidak mencukur,” tulis pengguna lain pula.

“Tidak mencukur itu satu seni,” puji pengguna lain.

Sejak dimuat naik pada dua hari lalu, foto berkenaan mendapat lebih 11,000 komen dan 700,000 tanda likes.

Lourdes, 24, merupakan anak sulung Madonna bersama bekas kekasihnya, pelakon Carlos Leon.
Lourdes merupakan seorang pereka fesyen dan pernah menghasilkan koleksi bersama Madonna pada tahun 2010.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:Gempak

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Bvlu Keti4k Anak Madonna Jadi Tumpuan, Kata Netizen; “Tidak Mencvkur Itu Satu Seni”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*