“Kontr0versi Tak Beri Kes4n Pada Kebahagiaan Kami”

Baru sahaja mendirikan rumah tangga namun satu demi satu kontroversi terpalit, bagaimanapun selebriti popular Noor Neelofa berkata ia tidak menggoyahkan hubungannya dengan suami, PU Riz atau nama sebenarnya Haris Ismail.

Menurut Neelofa, dia dan suami banyak berbincang mengenai jalan penyelesaian yang perlu dilakukan setiap kali berdepan masalah,

“Alhamdulillah, baru saja beberapa minggu berkahwin, walaupun keadaan boleh dikatakan tegang, namun ia tidak memberi kesan kepada kebahagiaan kami.

“Kami adalah satu pasukan dan selalu berbincang mengenai apa yang patut dan tidak dilakukan. Untuk bahagian itu, Alhamdulillah,” katanya kepada Harian Metro.

Dalam pada itu, Neelofa enggan mengulas lanjut mengenai dakwaan dia dan suami melanggar prosedur operasi standard (SOP) pada majlis perkahwinan dan merentas negeri ke Langkawi baru-baru ini.

“Saya tak nak komen banyak. Suami pesan, janganlah panjang-panjangkan. Dia pun tak ada dengan saya sebab bapa saudaranya meninggal dunia semalam (kemarin),” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:Rotikaya

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.