“Selam4tkan Kak Heliza Helmi!” – Terkelvar Per4ngai Masa Live, N4sib Baik Hazwani Tampil Ten4ngkan Kakak

Bukan mudah sebenarnya apabila kita nak buat rancangan secara langsung. Kalau dahulu mungkin ianya hanya dirasai oleh golongan artis, namun kini sesiapa sahaja boleh buat rancangan secara langsung. Cuma bukan di kaca televisyenlah, tetapi melalui media sosial. Tapi seperti yang dikatakan tadi, bukan mudah nak buat live show yang sebenar. Kalau tersil4p sikit, memang tak boleh edit dah, dan cuma hanya boleh cover sahaja.

Mungkin itulah yang terjadi kepada Nur Heliza Helmi yang merupakan seorang penyanyi dan juga aktivis kemanusiaan semasa muncul dalam satu program secara langsung. Dalam perkongsian video pendek di akaun TikTok milik Hazwani Helmi, yang juga merupakan adik kepada Heliza, dapat dilihat bagaimana Hazwani menjelaskan perbezaan dia sebagai adik dan Heliza sebagai kakak.

Menurut Hazwani, kakanya itu kadang kalanya berpewatakan seperti seorang adik berbanding seorang kakak.

“Kakak saya punya perangai aktif ni selalu tinggi walaupun saya sebagai adik ni dah tak ada tenaga, macam dia adik dan saya kakak,” ujar Hazwani dalam video pendek tersebut.

Sejurus itu, Heliza dilihat secara tiba-tiba bersemangat menyampaikan luahan hatinya, sampaikan adiknya terpaksa menenangkannya. Itulah yang Hazwani kata sampai terkelvar per4ngai waktu dalam sebuah rancangan yang disiarkan secara langsung.

Dalam pada itu, meninjau di ruangan komen Instagram Heliza, rata-rata wargamaya terhibur dengan gelagat mereka adik beradik. Tidak kurang juga yang menyatakan telatah Heliza dengan gaya bersemangatnya itu nampak comel. Namun, itulah lumrah kita semua apabila menceritakan sesuatu yang dekat dengan hati, kita akan bersemangat untuk menyampaikannya.

Biodata

1. Nama penuhnya, Nur Heliza binti Helmi. Dikenali sebagai Heliza Helmi.

2. Lahir pada 3 Februari 1986 di Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia. Kini berusia 33 tahun.

3. Berwarganegara Malaysia.

4. Anak kepada Helmi bin Haji Mohd Hasbi yang merupakan anggota polis dari Kuala Kangsar, Perak. Manakala ibunya, Latifah binti Muhammad berasal dari Terengganu.

5. Mendapat pendidikan di Sekolah Rendah Sultan Sulaiman 1, Kuala Terengganu, Terengganu, diikuti Teacher Methodist Girls School, Taiping, Perak sebelum ke SM Convent St. Ursula Tawau, Sabah dan Labuan Matriculation College.

6. Sewaktu di sekolah, beliau pernah menjadi peserta simpanan pertandingan pidato peringkat negeri dan kebangsaan berbekalkan kebolehannya bertutur dengan petah.

7. Meneruskan pengajian dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Sains, Biologi Dan Kimia di Universiti Malaysia Sabah, Kota Kinabalu, Sabah.

8. Mula melibatkan diri dalam dunia hiburan sejak tahun 2007.

9. Bakat seninya disalurkan sebagai penyanyi, model, pelakon dan pengacara televisyen. Juga aktif sebagai penceramah, pakar motivasi dan aktivis kemanusiaan.

10. Memperjvangkan lagu-lagu berkonsepkan pop dan keag4maan.

11. Bekas finalis akhir Akademi Fantasia musim kelima. Ketika bertanding, gaya nyanyiannya dikatakan terikut-ikut karakter vokal idolanya, Datuk Seri Siti Nurhaliza hingga mengundang layangan komen kurang senang daripada para pengkritik.

12. Pernah membintangi filem Syurga Cinta, juga drama Doa Ibu dan Warkah Cinta. Termasuk telemovie Cinta Kun Fayakun.

13. Menghoskan rancangan televisyen Man Jadda Wajada, Sinar Itu Hadir Jua, Rasa Halal Antarabangsa, S.I.S dan SIS Istimewa Raya.

14. Mempunyai masalah penglihatan sekiranya tidak mengenakan cermin mata atau kanta lekap.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:fm

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.