“Hebatnya Semua Benda Dia Pandai” – Siapkan Surau Secara DIY, Netizen Kagum Kegigihan Rita Rudaini

Bulan Ramadan ni sememangnya merupakan bulan bagi umat Islam mengejar mengerjakan amal ibadah. Waktu siang dipenuhi dengan jadual bekerja, manakala waktu malam dipenuhi dengan jadual mengerjakan ibadah sunat seperti solat tarawih dan juga membaca Al-Quran. Tentunya kita mempunyai pilihan untuk melakukan ibadah-ibadah ini di masjid, surau atau di rumah. Terpulang kepada keselesaan masing-masing.

Bagi mereka yang selesa untuk melangsungkan ibadah mereka di rumah, tentu terdetik harapan untuk menyediakan satu ruang khas seperti surau kecil di rumah. Kalau hari tu kita lihat Dato’Sri Siti Nurhaliza punya surau di rumah yang sudah siap dibina, kali ini kita lihat pula bagaimana reka bentuk surau Rita Rudaini. Apa yang istimewanya, surau ini dihasilkan dan disiapkan sendiri oleh Rita Rudaini secara do it yourself atau disebut DIY.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by RITARUDAINI® (@ritrud727)


Mungkin apa yang ditunjukkan oleh Rita ini sama seperti perumpamaan ‘hendak seribu daya, tak hendak seribu dalil.’ Meninjau di ruangan komen pula, ramai yang memuji usaha Rita, atau nama penuhnya Rita Rudaini Mokhtar menyiapkan sendiri ruangan solat di rumahnya. Dalam video pendek yang dikongsikannya itu, dapat dilihat bagaimana Rita mengecat sendiri dinding ruangan solat itu dan menghiasinya dengan frame tertulis kalimat suci Al-Quran.

Sementara itu, rata-rata wargamaya termasuk rakan artis berasa kagum dengan kesungguhan Rita. Tidak kurang juga ada yang terinspirasi dengan apa yang dilakukan oleh Rita dan merasakan surau mini di rumahnya itu cantik dilihat. Kalau Rita boleh lakukannya sendiri, mungkin kita juga boleh lakukannya. Tapi haruslah bersesuaian dengan bajet.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:fm

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.