“Tau Tak0t…” Anak Sharnaaz Ahmad, Jebat Jayden Kini Sudah Pandai ‘Berdrama’

“Ya Allah seketol Jebat…dah laa comel, bijak pulak tu…kecik-kecik dah pandai drama buat lawak”Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi, si cilik ini pasti memiliki ‘darah penghibur’ seperti bapanya.

Menerusi video hantaran yang dimuat naik oleh pelakon, Sharnaaz Ahmad di laman Instagram miliknya, terserlah ikatan erat anak dan bapa bergurau walaupun ikatan rumahtangga pelakon ini sudah terhenti namun, senyuman manis si anak tetap terukir apabila sentiasa bertemu dengan bapanya.

Gelagat comel Jebat Jayden sentiasa dapat meraih perhatian netizen apatah lagi semenjak sudah semakin jelas bertutur.

“hahahaahahahaha suka betul tengok Jebat ni bila dengan baba dia…macam-macam gelagat betul”

caption:

“Dia makan push pop, aku cakap, boi org puasa tau, dia boleh lepaih ayat senapas ja.. “Tau Takott” adoi lah burung sekoq ni..”

Mengikuti perkembangan si cilik Jebat Jayden iaitu anak sulung kepada pelakon, Sharnaaz Ahamad dan bekas isteri Noor Nabila, Jebat kini dikhabarkan berada di bawah jagaan ibunya.

Namun begitu, Sharnaaz Ahmad sentiasa diberi peluang untuk meluangkan masa bersama anaknya itu.


Menerusi sumber sebuah laman portal, Sharnaaz mula menyedari anaknya kini sudah menunjukkan minat dalam muzik dan gemar bermain peralatan muzik seperti gitar.

Rata-rata peminat terhibur dengan jenaka lucu perbualan Jebat Jayden bersama bapanya kerana lebih terlihat mesra dan kelakar.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:Instagram Sharnaaz Ahmad

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.