Aliff Aziz Nak Bvang T4tu, Kali Ini Ikhlas Mahu Bervbah J4di Lebih B4ik

Perkongsian penyanyi dan pelakon Aliff Aziz yang ingin mencari klinik untuk membuat rawatan membuang tatu di Instagram baru-baru ini menarik perhatian netizen.

Aliff atau nama sebenar Muhammad Aliff Aziz, 30, berkata, tindakan untuk membuang tatu itu bukan untuk membuktikan kepada sesiapa pun sebaliknya ia datang daripada hatinya sendiri.

Tambahnya, perkara itu juga dilakukan secara ikhlas terutama dalam usaha untuk berubah menjadi manusia lebih baik.

Foto: IG
“Semua orang tahu kesilapan saya, macam-macam yang terjadi.. saya pun tak nak sebut soal itu. Saya pernah lalui satu masa terburuk dalam hidup. Saya mengaku telah melakukan banyak penyesalan pada masa lalu saya.

“Jadi, saya cuba untuk mengenal pasti apa yang boleh dibuat. Memang dalam agama pun ada cakap kalau benda itu (buang tatu) memudaratkan… tak perlu.

“Saya rasa itu adalah usaha saya, bukan orang lain atau pun nak buktikan kepada sesiapa. Sebab the end of the day, kalau kita buat secara ikhlas orang akan rasa keikhlasan itu,” katanya.

Suami kepada pelakon dan penyanyi Bella Astillah itu ditemui ketika majlis pelancaran pembukaan medan selera Masok Foodcourt di Kampung Baru, Kuala Lumpur pada Isnin.

Sebelum ini, Aliff memuat naik status di Instastory meminta pertolongan daripada netizen untuk mencadangkan klinik bagi rawatan membuang tatu.

Kredit foto: IG

Sekitar Januari tahun lalu, sebuah video memperlihatkan seorang lelaki dipercayai Aliff memakai baju singlet, berseluar biru dan memiliki tatu di belakang badan melakukan provokasi dan bergaduh dengan orang awam di Singapura.

Hampir dua tahun dihimpit pelbagai kontroversi dan tinggal bersama keluarga di Singapura, Aliff akhirnya kembali ke pangkuan isteri dan anak-anak iaitu Muhammad Ayden Adrian dan Ara Adreanna di Malaysia pada Disember lalu.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Sayang Sayang ini meluahkan rasa terharu kerana mendapat sokongan penuh daripada ahli keluarga dan rakan-rakan semenjak berada di Kuala Lumpur.

“Alhamdulillah sejak saya di sini, ramai yang beri sokongan. Daripada keluarga, kawan-kawan, semua bagi sokongan kepada saya. Saya rasa gembira dan akhirnya saya dapat juga jumpa dengan semua rakan media,” ujarnya.

Aliff berkahwin dengan Bella pada 9 September 2016 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata Muhammad Ayden Adrian, 3, serta Ara Adreanna yang kini berusia 7 bulan.

Pasangan ini pernah bercerai pada pada 16 Mei 2019 selepas Aliff beberapa kali kantoi berlaku curang namun rujuk kembali ketika Bella dalam tempoh edah.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:cari

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.