Nikm4t Kahwin 10 Hari Je, Hidvp Seorang Dlm Rumah Penuh Sis4 Pl4stik, Bot0l Dan Bek4s Makanan

Kota Bharu: Langit tidak selalunya cerah. Itulah ungkapan menggambarkan kebahagiaan seorang warga emas yang hanya sempat melayari bahtera perkahwinan selama 10 hari sebelum bercerai, sejak lebih 30 tahun lalu.

Tempoh perkahwinan singkat itu seakan mimpi bagi Wan Ali Wan Abdullah, 78, kerana rumah tangga dibina berakhir dengan perpisahan, namun dia reda jodoh tidak panjang.

Namun, dia bersyukur kerana dikurniakan seorang anak hasil daripada perkahwinan singkat itu.

Wan Ali yang turut mengalami masalah pendengaran berkata, selepas bercerai dengan bekas isterinya, anaknya pernah mengajak tinggal bersama di Kuala Lumpur, namun dia menolak kerana tidak mahu menyusahkan anak serta menantunya.

“Sebelum ini pak cik tinggal bersama anak saudara, namun pak cik keluar dari rumah itu sejak tujuh bulan lalu kerana tidak mahu membebankan mereka dan kini tinggal di rumah sewa dengan bayaran RM120 sebulan.

“Pak cik bernasib baik kerana ada pihak sudi membantu menyambung bekalan elektrik dan menyediakan kemudahan enjin air bagi memudahkan rutin harian untuk mandi dan membasuh pakaian,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Pengkalan Chepa, di sini, hari ini.

Menurutnya, dia bergantung kepada bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM300 sebulan untuk menampung kehidupan, selain anak yang menetap di Kuala Lumpur mengirimkan wang belanja.

Katanya, ada ketikanya, jiran tetangga menghulurkan makanan kerana memahami pergerakannya agak terbatas.

Lebih menyedihkan, rumah sewa didiami Wan Ali kini dipenuhi dengan sisa plastik, botol dan bekas makanan disebabkan dia tidak mempunyai kudrat untuk melakukan kerja rumah dan hanya mampu mengengsot selepas cedera pada saraf pinggul akibat terjatuh.

“Pak cik tidak tahu apa kesudahan nasib, namun jika ini sudah tertulis perjalanan hidup pak cik seperti ini dengan menghabiskan sisa usia tua seorang diri, pak cik perlu reda dan menganggap ia ujian Allah.

“Alhamdulillah, walaupun mengalami masalah darah tinggi, pak cik masih mampu untuk menguruskan diri sendiri tanpa perlu membebankan orang lain,” katanya.

Orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan boleh menyalurkannya ke akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) 03010-41-00020329-0 atas nama Wan Ali Wan Abdullah.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:Harian Metr0

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Nikm4t Kahwin 10 Hari Je, Hidvp Seorang Dlm Rumah Penuh Sis4 Pl4stik, Bot0l Dan Bek4s Makanan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*