Rozita Che Wan masih isteri sah Zain Saidin

PETALING JAYA – Aktres je-lita Rozita Che Wan menafikan sekeras-kerasnya rumah tangga-nya dengan suami, Zain Saidin kini di ambang perceraian.

Pemilik nama lengkap Rozita Abu Bakar itu ketika dihubungi Kosmo! semalam berkata, tiada sebab langsung perkahwinannya dengan suami bergolak dan menuju perceraian hanya kerana jarang berkongsi gambar dalam Instagram.

“Masya-Allah mana ada. Pasal apa nak bercerai, orang tu nak Zain ke? Baru semalam kami sembahyang tarawih anak-beranak.

“Zain memang jarang nak ambil gambar pun. Dia bukan macam saya. Tengok sendiri akaun Instagram dia memang bukan jenis rajin upload gambar pun,” katanya.

Mengulas lanjut, pelakon jelita yang cukup dikenali menerusi drama komedi Kiah Pekasam itu berkata, adat perkahwinan memang ada pasang surut, namun hubungannya dengan suami baik-baik sahaja.

“Saya pun pelik keluar cerita macam ini. Kami tak bergaduh pun. Kami dah faham pera-ngai masing-masing. Jadi, tiada masalah.

“Kami baru sahaja selesai mencari sampin raya. Kami dalam perjalanan nak pergi berbuka puasa di rumah adik saya,” katanya yang mesra disapa Che Ta.

Rozita, 47, mendirikan rumah tangga dengan Zain, 37, pada 2013 dan dikurniakan seorang cahaya wanita, Aaisyah Dhia Rania yang kini berusia tujuh tahun.

Terdahulu, Rozita turut mempunyai dua orang anak iaitu Ammar Effendy dan Aniq Ezzra hasil perkahwinan bersama suami pertamanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:kosmo

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Rozita Che Wan masih isteri sah Zain Saidin"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*