Baru L4hir, ‘An4kanda’ Siti Nurhaliza Sudah Ada Lagu Khas Dan Muzik Video

Lagu Comel Pipi Merah menjadi sebuah lagu trending pada tahun 2018 selepas penyanyi Dato Sri Siti Nurhaliza mengabadikan lagu ciptaan beliau untuk anak yang sedang dikandung, Siti Aafiyah.

Umum sudah mengetahui bahawa Siti telah selamat melahirkan anak kedua pada 19 April 2021 dan turut mencipta sebuah lagu berjudul Anakanda yang dituju khas buat puteranya.

Lagu Anakanda dimuatkan di dalam album kanak-kanak klasik, Legasi yang dilancarkan pada 1 April 2021. Lagu ciptaan Siti sendiri dan lirik oleh Rozisangdewi merupakan sebuah lagu yang berunsurkan rentak inang.

Album Legasi diterbitkan oleh Siti Nurhaliza Productions (M) Sdn. Bhd dan edaran digital oleh Universal Music Malaysia.

Menurut Siti, beliau mencipta lagu Anakanda ketika sedang mencari ilham sebuah lagu khas untuk anak yang bakal dilahirkan.

“Siti memilih rentak inang bagi menyesuaikan dengan konsep keseluruhan album lagu kanak-kanak klasik, Legasi. Lagu ini diterbitkan oleh Pown Hasril.

“Lagu Anakanda ini merupakan lagu paling akhir saya rakamkan untuk album Legasi. Apabila memutuskan untuk memasukkan lagu Comel Pipi Merah ke dalam album Legasi, saya terfikir untuk mencipta sebuah lagu khas dan baharu buat anak yang bakal lahir,” jelas Siti.

Tambah beliau, Anakanda menggambarkan harapan ibu bapa terhadap jati diri anak lelaki serta mahu menerapkan sisi bertanggungjawab terhadap orang sekeliling.

“Melagukan lirik yang positif, bermoral dan menerapkan asas yang baik juga membantu perkembangan minda anak-anak. Anakanda bukan sahaja bentuk harapan yang dilagukan oleh saya tetapi harapan setiap insan yang memiliki cahayamata,” kata Siti.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk)


Siti juga telah menyiapkan video muzik lagu Anakanda dan bakal disiarkan secara rasmi di saluran YouTube Siti Nurhaliza pada hari Isnin, 26 April 2021, jam 9 malam. Video muzik ini mendapat tajaan dan kerjasama daripada syarikat Cuckoo.

Saluran YouTube Siti Nurhaliza juga turut melancarkan peraduan khas sempena single terbaharu ini dan akan diumumkan pada 26 April 2021.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:ctdk

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Baru L4hir, ‘An4kanda’ Siti Nurhaliza Sudah Ada Lagu Khas Dan Muzik Video"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*