RM20k VS RM50k, Wargamaya B4ndingkan Komp4un Neelofa Dengan Penjval Burger

Setelah hampir sebulan kertas siasatan dibentangkan bagi kes pelanggaran SOP yang dilakukan oleh Neelofa dan suaminya Pu Hariz bagi dua kes yang berbeza iaitu kes majlis pernikahan mereka dan juga kes berbulan madu di Langkawi, hari ini, Neelofa dan pasangan akhirnya dikenakan tindakan dan dikompaun sebanyak RM20,000 atas dua kesalahan yang berlainan.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Kuala Lumpur, ACP Mohamad Zainal Abdullah mengeluarkan perincian kompaun yang dikenakan terhadap pelakon dan pengacara terkenal ini. Kesalahan pertama dilakukan Neelofa ialah tidak mematuhi SOP di majlis pernikahannya dengan PU Riz atau nama sebenarnya, Haris Ismail di sebuah hotel terkemuka di ibu negara dengan kompaun sebanyak RM10,000 tanpa diskaun dibenarkan. Manakala kompaun RM10,000 lagi dikenakan ke atasnya kerana melanggar kebenaran untuk tujuan merentas negeri.

Nama selebriti terkenal ini hangat diperkatakan dan Neelofa juga turut dilabel sebagai ‘golongan kayangan’. Sejak dari itu, banyak perbandingan yang dibuat oleh wargamaya antara ‘golongan kayangan’ dan ‘golongan marhaen’. Hal ini adalah kerana, orang ramai merasakan perkara ini tidak adil bagi mereka. Oleh itu, wargamaya berkeras supaya kes ini diambil berat oleh pihak atasan dan tidak dilihat dengan sebelah mata hanya kerana Neelofa mempunyai nama dan status.

Terkini, walaupun kompaun telah dikenakan ke atas Neelofa, Hariz serta beberapa lagi ahli keluarga Neelofa yang turut melanggar SOP semasa majlis pernikahannya, wargamaya dilihat masih membuat perbandingan antara dua darjat. Hal ini adalah kerana Neelofa hanya dikenakan kompaun sebanyak RM 20,000 bagi dua kes berbeza manakala seorang penjual burger di Kelantan dikenakan kompaun RM50,00 semalam.

Isu ini tular hari ini kerana ramai yang tidak berpuas hati bagaimana si penjual burger yang hanya menjual di hadapan tangga rumah boleh dikenakan kompaun yang begitu banyak. Tak tertanggung nak membayar kompaun sebanyak itu sedangkan si penjual burger itu hanya mahu mencari duit lebih bagi membayar bil yang diperlukan.

Rata-rata wargamaya meluahkan rasa kesal dan tidak puas hati dengan keputusan PDRM dalam mengenakan kompaun. Adakah ini satu bentuk pilih kasih? Menerusi laman Twitter, PDRM dilihat trending sehingga sekarang dan ciapan mengenainya melebihi 15 ribu.

Apa pun, tindakan sudah dikenakan. Kita berharap di masa akan datang tiada lagi isu ‘golongan kayangan’ yang dibangkitkan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:Twitter , Astro Awani

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "RM20k VS RM50k, Wargamaya B4ndingkan Komp4un Neelofa Dengan Penjval Burger"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*