Sharnaaz Ahmad Pvnca Keret4kan Hubvngan Azira Shafinaz Dan Yasser?

Sebelum ini bertahun-tahun Azira Shafinaz bercinta dengan seorang jejaka bernama Yasser namun sayang jodoh tak panjang kahirnya mereka putus.

Namun tegas Azira, keretakan hubungan dengan bekas kekasihnya itu langsung tiada kena mengena dengan Sharnaaz Ahmad.

“Saya berkawan dengan Sharnaaz seperti orang lain juga. Saya akui, kami makin rapat selepas menjalani penggambaran drama Isteri Misteri. Bagaimanapun, saya memang baik dengan semua pelakon lain. Layanan saya sama sahaja.

“Ramai yang salah tafsir. Seperti kita ketahui, keletah Sharnaaz tidak boleh diduga. Sharnaaz suka bergurau dan mengacau orang. Itu sememangnya karakter Sharnaaz.

“Saya rasa mungkin orang luar nampak kami serasi, jadi mulalah orang bercakap soal kami. Bagaimanapun, Sharnaaz bukannya punca keretakan hubungan saya dan Yasser,” katanya kepada BH Online.


Tambah penyanyi dan pelakon ini, dia masih belum bersedia untuk menamatkan zaman bujang.

“Buat masa ini, saya dan Yasser hanya selesa berkawan. Kami berjalan mengikut arus.

“Saya dan Yasser sibuk dengan kerjaya. Mungkin belum sampai masa untuk kami memutuskan mendirikan rumah tangga. Jadi, sekarang kami mengambil rentak perlahan dengan berkawan sahaja. Saya percaya jika ada jodoh tidak akan ke mana.


“Diakui, saya menyimpan hasrat mahu berkahwin pada usia 30 tahun, tetapi apakan daya, jodoh belum tiba. Sebagai manusia, kita hanya merancang, tetapi Allah juga yang menentukannya.

“Saya terima dengan hati terbuka sekiranya belum bertemu jodoh, tahun ini. Saya tak mampu menolak kehendak takdir. Jadi, buat masa ini, saya mahu fokus kepada kerjaya. Jika boleh, saya mahu menikmati peluang yang terbentang depan mata.”

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:cari

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Sharnaaz Ahmad Pvnca Keret4kan Hubvngan Azira Shafinaz Dan Yasser?"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*