“Makin Dibaca Al-Quran Itu, Makin Aku Yakin Bvmi Ini Datar”

Sebut saja nama penyanyi Suhaimi Saad pasti ramai tahu bahawa bekas anggota kumpulan nasyid In Team itu pernah mencetuskan kontroversi kerana pendirian anti vaksin dan bumi ini datar.

Terbaru, menerusi satu perkongsian di Instagram Suhaimi masih tetap dengan pendiriannya bahawa bentuk bumi muka bumi adalah datar.

“Makin dibaca Al Quran itu, makin aku yakin bahawa bumi ini datar. Banyak ayat yang jelas menjadi bukti dan hujjah bagi orang-orang yang benar benar mahu berfikir. Dari surah Al-Baqarah, Al-Hijr, Al-Kahfi, Annazi’at, Al-Mulk dan banyak lagi.

“Dari kisah Zulqornain, pergerakan bulan dan matahari, pergerakan awan, qiblat, keseimbangan ciptaan Allah, kisah israk mi’raj, firaun dan nabi Musa, termasuklah kisah nabi Yusyak, hadis hadis nabi tentang bumi sampailah ke tajuk mahsyar,” ujarnya.

Terdahulu, Suhaimi pernah mencetuskan kontroversi apabila mencabar mencabar angkasawan negara, Dr Sheikh Muszaphar Shukor untuk bersumpah dengan nama Allah bahawa bumi itu bulat sfera.

Ujarya lagi, jika angkasawan negara itu berani berbuat demikian, dia akan berhenti untuk membuat kajian berhubung hal tersebut dan akan menolong untuk berdakwah kepada golongan ‘flat earth’ yang percaya bahawa bumi ini sebenarnya rata.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:rotikaya

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.