Atuk Muda Hiburkan Pengikut Dengan Aks1 Comel Si Kembar, C4ir Tak?

Menggelar dirinya sebagai ‘atuk muda’, kehadiran jejaka berusia 23 tahun ini dengan sepasang kembar lelaki ternyata mencuri perhatian netizen.

Menurut Luqman Hakim Ismail, dia sekadar berkongsi video secara suka-suka dan tidak menyangka akan meraih lebih 100,000 pengikut di TikTok dalam masa singkat.

Mesra disapa Luqman, dia ketika dihubungi mStar sempat memperjelaskan hubungan sebenarnya dengan dua bayi itu yang sering kali menimbulkan kekeliruan ramai.

“Ceritanya, kakak saya yang paling sulung kahwin awal. Kemudian dia dapat anak. Nama anak kakak saya tu Aisyah.

“Aisyah ni pula dilahirkan sama tahun dengan saya. Kami sama-sama umur 23 tahun. Kembar dua orang tu anak Aisyah.

“Mereka berdua cucu saudara saya. Saya pula masih lagi bujang,” ujarnya.

@hagemaru82

Reply to @_wrdhros Hopefully korang boleh bezakan Abang dengan Adik lepasni 🥰. #fypシ #fyp

♬ Rindu setengah mati cover by ramadanramli – رمضان


Menurut Luqman, dia berasal dari Pahang dan kini menetap bersama Aisyah dan suaminya, serta dua kembar mereka di Bandar Putra, Kulai, Johor.

Jelasnya, dia kini bekerja sebagai penyelenggara acuan di sebuah kilang di Senai.

Bercerita mengenai si comel itu, Luqman menjelaskan Adam Zhaffrel Mohd Izamuddin dan Adam Zhaffran dilahirkan pramatang dan kini baru mencecah usia tujuh bulan.

@hagemaru82

Reply to @ariesbre3d Terima kasih sebab follow . 🥺🙏 #fypシ #fyp #foryourpage

♬ sᴛᴇʀᴇᴏ ʜᴇᴀʀᴛs – ナッシュ

“Saya sebenarnya suka-suka kongsi video mereka. Tak sangka ramai yang suka. Ramai komen nak tengok mereka lagi.

“Kalau ada masa lapang, saya akan melayan mereka. Agak mencabar, seorang bergerak ke sana, seorang lagi gerak ke sini.

“Tapi yang bagusnya, kalau seorang menangis, seorang lagi akan senyap. Kalau serentak memang saya pengsan,” ujarnya berseloroh.

Menurut anak keenam daripada lapan beradik itu, dia juga tak terlepas menerima komen usikan di media sosial.

Selain memuji kecomelan si kembar, ada netizen turut memuji rupa paras Luqman dan bertanya mengenai status dirinya.

“Saya pun ada perasan komen-komen tu, saya anggap sebagai gurauan semata-mata.

“Mengenai kahwin, itu tak boleh nak cakap sebab semuanya bergantung kepada rezeki.

“Saya pun belum ada calon lagi,” jelas Luqman yang juga satu-satunya anak lelaki dalam adik beradiknya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:Mstar

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Atuk Muda Hiburkan Pengikut Dengan Aks1 Comel Si Kembar, C4ir Tak?"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*