‘Gerak Khas’ Satukan Sheera Iskandar Dengan Abang Polis… Dapat Sambut Raya Sebagai Suami Isteri

PELAKON Sheera Iskandar selamat bergelar isteri kepada anggota polis Mohd Halim Abdul Gani, dengan sekali lafaz dalam sebuah majlis yang berlangsung di Magica Events Hall, Quill City, Kuala Lumpur.

Pasangan itu dinikahkan jurunikah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Muhammad Firudz Saderi kira-kira pukul 6 petang, Isnin.

Pada majlis itu, pengantin lelaki menyerahkan mas kahwin RM1,000 beserta dulang hantaran satu berbalas satu.

Sheera menerima mas kahwin sebanyak RM1,000.

Majlis pernikahan Sheera atau nama sebenarnya Tengku Shahira Ilani Tengku Iskandar, 36, diadakan secara tertutup mengikut prosedur operasi standard (SOP) dihadiri 70 tetamu termasuk ahli keluarga.

Pelakon drama bersiri popular Gerak Khas ini mula mengenali suaminya ketika penggambaran Gerak Khas pada tahun 2019.

Sheera yang juga anak kepada pelakon veteran Aznah Hamid sebelum ini pernah berkahwin dengan Abdullah Harun, 36, pada Ogos 2015 namun disahkan berc.erai pada hujung 2018.

Penerbit drama Gerak Khas, Datuk Yusof Haslam dan isteri Datin Fatimah Ismail serta pelakon drama terbabit, Abby Abadi dan Salina Saibi turut hadir meraikan pasangan ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Mencari redha ALLAH (@abby_abadi112)

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Mencari redha ALLAH (@abby_abadi112)

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:Mstar

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "‘Gerak Khas’ Satukan Sheera Iskandar Dengan Abang Polis… Dapat Sambut Raya Sebagai Suami Isteri"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*