Suami Jatvh H4ti Dengan Sheera Iskandar Lepas Tonton Halimah J0ngang

Selamat diijabkabulkan pada Isnin lalu, suami kepada pelakon Sheera Iskandar, Mohd Halim Abdul Gani berkata dia tidak menyangka akan bertemu jodoh dengan selebriti yang diminatinya.

Berkongsi detik awal perkenalan mereka, anggota polis berusia 34 tahun itu, menghantar mesej di Instagram kepada Sheera selepas pertama kali bertentang mata di balai polis Labuan.

BACA: Sheera Iskandar Selamat Bergelar Isteri Anggota Polis

“Saya sebenarnya dah lama simpan sendiri sahaja perasaan ini dan tidak sangka jodoh saya dengan artis. Saya terpikat dengan kelembutan tutur bahasa Sheera ketika menonton drama Halimah Jongang, dari situ saya tersentuh hati dengan lakonan dia.

“Bila dia shooting di balai tempat saya bertugas, saya beranikan diri tegur dia dulu dengan menghantar DM di Instagram dan Alhamdulillah, kami dah selamat bergelar suami isteri,” katanya.

Dalam pada itu, Sheera berkata pada mulanya dia hanya melayan mesej yang dihantar suami sebagai seorang peminat, namun akhirnya tertaut dengan karakter Halim.

“Masa itu saya sedang menjalani penggambaran Gerak Khas di balai polis dia bertugas, bila pertama kali nampak dia tiada terus berputik.

“Cuma dia ada datang beritahu saya yang dia ada DM saya di Instagram. Balik dari Labuan, kami mula DM dan dari situ saya jadi senang nak bersembang dengan dia. Kami miliki karakter yang sama, kami sama-sama tegas dan kelakar orangnya,” katanya.

Memahami kejaya isterinya sebagai seorang pelakon, Hamil berkata dia tidak menghalang isterinya untuk terus aktif berlakon. Kata Halim lagi, dia kini sudah ditukarkan ke Balai Polis Kajang selepas 11 tahun berkhidmat di Labuan.

Sheera atau nama sebenarnya Tengku Shahira Ilani Tengku Iskandar sebelum ini pernah berkahwin dengan Abdullah Harun pada 2015 namun bercerai pada hujung 2018.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:aMstar Online

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Suami Jatvh H4ti Dengan Sheera Iskandar Lepas Tonton Halimah J0ngang"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*