Kisah S4yu Datuk Ziela Jalil Tanggvng Rlndu Arw4h Svami Hingga 5 Bvlan Ul4ng Al1k Pus4ra

Perkahwinan kedua pelakon dan penerbit, Datuk Ziela Jalil bersama suaminya Datuk Syed Osman Alhabshee Syed Omar bukan lagi rahsia. Kebahagiaan jelas terpancar di riak wajah nenda kepada Tun Alayna Zeeya ini.

Namun, hati terusik mendengar perkongsian ibu kepada dua orang cahaya mata, Puteri Julia Nabilah dan Megat Jufri Nasrullah ini apabila menjadi tetamu jemputan program Istimewa, Borak Kelamin baru-baru ini. Tampil dalam persalinan jubah hijau muda, Datuk Ziela kelihatan tenang menjawab setiap persoalan yang diajukan.

Sesekali menitiskan air mata ketika menjawab pertanyaan apabila berdepan dengan saat akhir pemerg1an suaminya, bekas ahli politik ternama, Allahy4rham Tan Sri Megat Junid pada tahun 2008 lalu.

Sayu mendengar wanita ini bercerita tentang sar4t rindu yang ditanggungnya. “Tak pernah memikirkan kita akan hilang orang yang tersayang dalam keadaan yang kita tak bersedia dari segi mental. Tak mudah.

Empat ke lima bulan pertama, kakak akan ulang alik ke kubur dua kali sehari sampaikan emak naik risau,” tutur Datuk Ziela yang membahasakan dirinya kakak dalam program tersebut.

Tambahnya lagi, “Tapi sebenarnya itulah cara kakak untuk kuatkan kembali semangat kakak untuk menempuhi hidup tanya arwah. Apabila menziarahi pusaranya, terubat sedikit rindu. Memang lama kakak berkeadaan begitu. Kadang-kadang apabila rindukan arw4h, kakak pakai t-shirt atau kain arw4h untuk melepaskan rindu,” ucapnya sayu.

Apabila suami pergi buat selama-lamanya sudah pasti terselit cerita tentang urusan pembahagian harta yang ditinggalkan. Datuk Ziela Jalil juga tak terkecuali dan menurutnya urusan pembahagian harta yang dihadapinya memakan masa selama enam tahun.

“Walaupun harta yang ditinggalkan suami tidak banyak mana, tapi masa yang diambil untuk selesaikan hal ini sekitar enam tahun juga,” ujar Datuk Ziela yang turut mempunyai madu dan anak-anak tiri ketika itu.

“Sebenarnya dalam Islam sendiri menuntut apabila seseorang itu meninggal, sebaiknya harta pusaka yang ditinggalkan diselesaikan sebelum arw4h dikebvmikan. Tapi, iyalah, berbeza dengan budaya masyarakat kita yang menganggap isu ini sebagai sensitif dan perlu masa untuk diselesaikan,” tuturnya lagi.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

TEKS BY STAFF KL MENJERIT

Sumber:Instagram Nona

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Kisah S4yu Datuk Ziela Jalil Tanggvng Rlndu Arw4h Svami Hingga 5 Bvlan Ul4ng Al1k Pus4ra"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*