“Ustaz Mana Y4ng Artis Ini Rujvk Kumpvl Pah4la Berg4nda G4nda?”

Baru-baru ini hangat diperkatakan mengenai kenyataan seorang selebriti ternama memaklumkan sedang kumpul pahala percuma pada sepuluh malam terakhir Ramadan.

Ia berikutan selepas majlis yang diadakannya dikecam kerana didakwa melanggar prosedur operasi standard (SOP). Rata-rata netizen meluahkan rasa tidak puas hati dengan kenyataannya seolah tidak sensitif dengan keadaan sekeliling.

Perkara itu turut mendapat perhatian pendakwah bebas, Prof. Dr Mohd Ridhuan Tee yang membidas kenyataan tersebut.

Dr. Ridhuan turut meminta supaya budaya mempergunakan nama ‘ustaz’ demi menyembunyikan kesalahan dilakukan sendiri perlu dihentikan. Malah, katanya lagi ‘dugaan’ yang dimaksudkan oleh selebriti itu juga merupakan dugaan yang dicipta sendiri.

“Teruja berita pandangan seorang artis mengenai majlis yang dicipta sendiri apabila menjadi viral dan menimbulkan masalah, sedap dia berkata, pahala dapat berganda-ganda disebabkan dugaan majlis tersebut.

“Ustaz mana yang artis ini rujuk pahala berganda-ganda? Nak juga saya tahu nama ustaz itu untuk saya bertanya lanjut. Sendiri yang buat hal, sendiri pula mengaku dapat meraut pahala berganda ganda, menggunakan nama ustaz,” tulisnya.

Pendakwah itu juga turut mengulas mengenai kehadiran yang tidak diwajibkan ke majlis seperti itu kerana bimbang boleh memberi mudarat kepada orang lain apatah lagi individu tersebut tetap melangsungkan majlis terbabit walaupun hukumnya sunat.

“Contohnya antara perkara sunat dengan perkara wajib. Mana perlu diutamakan? Begitu juga antara majlis sunat dengan majlis sunat. Sunat mana yang perlu diutamakan.

“Selain itu, contoh lain antara majlis aqiqah artis dengan jemputan ibu bapa sendiri. Kedua-dua perlu diberikan perhatian, mana perlu diutamakan? Sudah tentu majlis ibu bapa sendiri lebih diutamakan berbanding jemputan lain.

“Sama juga isu nak menghadiri majlis undangan ketika PKP (Perintah Kawalan Pergerakan), antara memenuhi jemputan atau tidak. Jika banyak yang memudaratkan, maka boleh sahaja tidak hadir,” tulisnya lagi.

 

Diakhir perkongsian itu, Dr. Ridhuan sekali lagi mempersoalkan ‘ustaz’ mana yang dirujuk oleh selebriti berkenaan sehingga boleh mengeluarkan kenyataan sedemikian.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:Rotikaya

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Ustaz Mana Y4ng Artis Ini Rujvk Kumpvl Pah4la Berg4nda G4nda?”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*