“Siapa Buat Poster Ini, H0doh Gil4 Jawapan”

Sudah menjadi impian setiap pelakon untuk mengembangkan lagi kerjaya mereka dalam bidang seni sekiranya mendapat peluang berbuat demikian. Bagi kebanyakkan pelakon, impian mereka adalah berada di sebalik tabir untuk mengarah mahupun membuat skrip. Selain daripada dapat menimba ilmu baru dan mendalami bidang seni, mereka juga dapat menambah baik portfolio seni mereka masing-masing.

Begitu juga yang dilalui oleh pelakon Hairul Azreen. Jika dahulu Hairul sudah sekian lama menaruh hasrat untuk menjadi pelakon aksi. Namun dek kerana wajah “jambu” yang dimiliki membuatkan beliau tidak mendapat peluang berkenaan.

Bagaimanapun impian pelakon tersebut menjadi pelakon aksi akhirnya termakbul setelah menjadi teraju utama filem Paskal.

Nama Hairul juga memuncak dan semakin dikenali apabila filem aksi beliau seterusnya iaitu filem Wira juga meraih perhatian.

Hairul tidak menoleh kebelakang lagi apabila beliau mengembangkan sayap ke bidang pengarahan apabila mengarah filem pertamanya iaitu “Ada Hantu”.

Menerusi Instagram, Hairul telah berkongsi beberapa sedutan daripada filem pertama beliau berkenaan. Hairul juga turut memuatnaik poster filem tersebut buat tatapan para peminat.

Bagaimanapun poster tersebut telah dikongsikan semula oleh seorang individu yang merupakan pengkritik filem di twitter kerana merasakan agak serupa dengan sekeping poster filem lama yang telah ditayangkan sebelum ini dan kurang menarik.

Untuk mendapatkan jawapan mengenai pereka poster itu, pengkritik filem berkenaan telah menghubungi dan mendapatkan jawapan daripada Hairul sendiri.

Hairul bagaimanapun menjawab bahawa sebagai pengarah, beliau juga terlibat menghasilkan poster filem sulungnya itu sendiri.

Namun jawapan yang sedikit angkuh daripada pelakon aksi tersebut membuatkan individu yang merupakan pengkritik filem itu terus lantang menegur rekaan poster yang dihasilkan pelakon Paskal berkenaan malahan meminta agar Hairul menggunakan khidmat pereka grafik untuk menghasilkan poster filem itu.

Menjengah keruangan komen, warga twitter turut kurang senang dengan jawapan yang diberikan oleh Hairul dan meminta supaya Hairul mengeluarkan sedikit modal demi memperbaiki poster filem arahan pertama beliau itu. Berikut dikongsikan ciapan-ciapan warga maya buat poster filem itu.

Sebagai buah tangan pertama daripada Hairul, beliau mungkin agak teruja dengan filem arahan beliau berkenaan. Jadi berkemungkinan besar Hairul mahu naskah sulung itu mendapat sentuhan kreativiti dan idea sepenuhnya daripada beliau sendiri.

Bagaimanapun setelah dikritik oleh netizen, mungkin beliau juga perlu mempertimbangkan untuk menggunakan khidmat orang yang lebih pakar dalam bidang grafik demi meningkatkan kualiti poster sekaligus kualiti naskah filem tersebut demi menjaga nama baik beliau sendiri.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:twitter zhafvlog

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Siapa Buat Poster Ini, H0doh Gil4 Jawapan”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*