Kongsi Video Bacaan Al-Quran, Faizal Tahir Syukur Ada Yang Sudi Tegvr Kesal4han

Baru-baru ini, penyanyi Faizal Tahir ada berkongsikan video bacaan Al-Quran di Instagram. Menerusi entri itu, Faizal turut berkongsikan tentang pengajaran dari ayat ke-18 Surah Luqman.

Lebih menjadi perhatian, Faizal ditegur oleh netizen yang memperbetulkan bacaanya. Menerima teguran dengan hari terbuka, Faizal berkata dia menghargai dengan teguran diberikan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by FT (@faizal_tahir)


“Masha-Allah subhanallah. Besar sungguh nikmat ditegur dan besar sungguh pahala yang menegur. Sungguh saya amat menghargai setiap teguran yang diberikan. Semoga lebih baik bacaan saya selepas ini. Insha’Allah,” tulisnya.

Dalam pada itu, Faizal mengakui masih lemah dalam bacaan Al-Quran dan akan perbaikinya serta belajar lagi. Faizal turut mengatakan besar pahala netizen berkenaan kerana tampil menegur bacaannya.

Perkongsian Faizal itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memuji sikap penyanyi tersebut yang terbuka menerima teguran.

Terdahulu, Faizal Tahir mengambil keputusan untuk mengundur diri selepas 17 tahun menceburkan diri dalam dunia seni kerana mahu memberi tumpuan kepada keluarga.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:mstar online

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Kongsi Video Bacaan Al-Quran, Faizal Tahir Syukur Ada Yang Sudi Tegvr Kesal4han"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*