Semenjak J4di Kakak Ni, Aafiyah “umum” P4kai Tudung. Sebijik Muka Ibu

Datuk Seri Siti Nurhaliza atau lebih mesra dengan panggilan Tokti mengumumkan bahawa beliau telah selamat melahirkan anak keduanya pada 7 Ramadhan yang lalu.  Sebelum ini Tokti pernah mendedahkan bahawa kandungan kedua beliau ini merupakan kembar kepada Aafiyah. Bayi dalam kandungan beliau itu merupakan embrio yang terjadi pada hari yang sama dengan Aafiyah semasa beliau menjalani rawatan IVF 3 tahun yang lepas.

Bayi lelaki yang dilahirkan pada hari ketujuh dimana umat islam menyambut Ramadhan itu telahpun diberikan nama sebagai Muhammad Afwa yang membawa maksud keampunan dan kemaafan.

Bersesuaian dengan bulan kelahiran anaknya itu yang jatuh di dalam bulan Ramadhan iaitu bulan dimana umat islam memohon keampunan dan kemaafan.

Tokti juga mempunyai hasrat dan harapan yang amat besar buat anak lelakinya itu. Selain mengharapkan anak lelakinya itu menjadi anak yang soleh dan menjadi pemimpin, Tokti juga berdoa agar anaknya agar mampu menghafaz Al-quran dan mampu menjaga dirinya apabila sudah tua kelak.

Menerusi Instagram Aafiyah, sebuah video telah dimuatnaik di mana memaparkan Aafiyah mempromosikan produk terbaru keluaran syarikat ibunya iaitu Beausiti for Kids.

Video tersebut menunjukkan Aafiyah memakai tudung dan kelihatan wajahnya sangat mirip dengan wajah ibunya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Aafiyah Khalid (@aafiyahkhalid)

Jika di amaati menerusi Instagram si cilik tersebut, beberapa video terbaru menunjukkan Aafiyah mengenakan tudung. Seolah-olah Aafiyah telah diberikan pendekatan dan kesedaran untuk mula bertudung sedari usia yg masih kecil.

Rata-rata para peminat mengatakan bahawa Aafiyah mewarisi wajah jelita ibunya itu dan kelihatan sangat seiras apatah lagi ketika Aafiyah mengenakan tudung.

Bagus didikan Tokti dan Dato K apabila mendidik anak-anak mengenai tuntutan agama sejak kecil. Berikut dikongsikan beberapa komen dari para peminat.

Sebagai anak sulung kepada Tokti, Aafiyah merupakan seorang kanak-kanak yang sangat bijak dan petah berkata-kata. Tutur kata Aafiyah juga sangat lembut dan ternyata Aafiyah dibesarkan dengan baik oleh kedua ibu bapanya.

Kini setelah mempunyai adik, mudah-mudahan Aafiyah mampu menunjukkan contoh yang baik kepada adiknya nanti.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:ig aafiyah khalid

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Semenjak J4di Kakak Ni, Aafiyah “umum” P4kai Tudung. Sebijik Muka Ibu"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*