Arr0ra Salwa Ditvduh Bvat Hidvng

“Memang sis (saya) buat hidung ini …”.

Demikian kata penyanyi, Arrora Salwa ketika menjawab pertanyaan netizen di Instagramnya yang mempersoalkan bentuk wajah terkininya.

Menurut penyanyi lagu Fitnah itu, dia hanya menyuntik kolagen di bahagian dagu untuk menampakkan bentuk runcing di bahagian itu.


“Hidung ini, saya buat masa dalam rahim perut mak saya lagi. Dagu ini, ya. Saya ada (masukkan) kolagen sikit saja. Saya letak di sini, supaya dia runcing sedikit,” katanya.

Dalam hantaran sama, Arrora juga menegaskan bahawa bentuk hidung dan rahangnya diwarisi daripada bapanya.

“Suka hati saja cakap saya buat hidung. Hidung kecil, runcing, elok ini saya warisi daripada abah saya. Rahang ini pun daripada abah.

“Mata dari ibu, mulut dari abah, rambut dari abah, kurus dan ketinggian pun daripada keluarga sebelah abah,” katanya.

Membuktikan lagi mengenai bentuk hidungnya yang tidak diubah, Arrora memicit dan menolak hidungnya ke kiri dan ke kanan.

Arrora yang popular menerusi lagu Ahmad menerima soalan itu di TikTok dan membalas dalam bentuk video pendek serta berkongsi video sama di Reel Instagram.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:Harian Metro

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Arr0ra Salwa Ditvduh Bvat Hidvng"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*