“This Is K1lling Me..” – Nora Danish

Hati ibu mana yang tidak sayangkan anak? Jika berjauhan sekejap pun pasti terasa rindu yang teramat sangat. Inikan pula duduk serumah tetapi tidak boleh berjumpa dengan anak dan ahli keluarga dek kerana perlu ku4rantin kendiri akibat terkena jangk1tan Cov1id-19. Pastinya lebih menyakitkan, dekat tetapi terasa jauh. Itulah yang dirasai oleh pelakon jelita, Nora Danish apabila terpaksa kuar4ntin diri di rumah selepas mengetahui dirinya positif Covld-19 bermula semalam.

Terbaru, Nora ada berkongsikan tangkap layar perbualan antara dirinya dan suami, Nedim Nazri tentang anak mereka, Ney Ney. Menurut Nedim, Ney Ney begitu rindukan ibunya dan dia berada dalam keadaan sedih seharian. “I want to hvg Mommy..I’m sad”, itulah antara perkataan yang diungkapkan. Malah, Ney Ney  juga mengigau di waktu malam dan memberitahu Nedim bahawa dia tidak gembira.

Sudah tentu sebagai ibu dan bapa, Nora dan Nedim sedih melihat keadaan anak mereka yang begitu. Nora berkata menerusi perkongsiannya di Instagram story bahawa sakit ini (rindu terhadap keluarga) membunuhnya. Dia nekad untuk kembali sembuh.

Selepas daripada perkongsian tangkap layar perbualan tersebut, Nora berkongsikan sebuah video rawak yang ditangkapnya sebelum dia terpaksa mengkuarantinkan diri. Video tersebut melihatkan anaknya Ney Ney yang berkata “10 minutes..” sambil bermain. Kata Nora menerusi perkongsiannya, dia tidak menyangka 10 minit akan menjadi 10 hari.

Nora turut berkongsikan satu gambar yang ditangkap oleh suaminya Nedim di luar pintu bilik Nora yang dikuar4ntin. Di hadapan pintu tersebut,  kucing kesayangan mereka yang diberi nama Grumpy dilihat berbaring dengan setia. Apabila melihat gambar tersebut, makin sedih Nora dibuatnya.

Covid-19 bukanlah perkara main-main. Ramai yang meninggal dunia akibat wabak ini. Oleh itu, jagalah diri anda dan keluarga anda dengan sentiasa mematuhi SOP dan bertanggungjawab dalam melakukan ku4rantin kendiri di rumah. Kita doakan semoga Nora Danish kembali sembuh dan dapat hidup seperti sedia kala.

VIDEO:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by naOradaishi (@noradanish)


Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:Nora Danish

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“This Is K1lling Me..” – Nora Danish"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*