“L4ma Dah Tunggu Gambar Ni” – Peminat D0akan Terbaik Bvat Rumah T4ngga Syamsul Yusof Dan Puteri Sarah

Buka lembaran baru, mungkin itulah gambar terhadap situasi rumah tangga pengarah Syamsul Yusof dan isterinya Puteri Sarah Liyana.

Selepas lama tidak dilihat di media sosial, mereka akhirnya memuat naik gambar keluarga termasuk kedua-dua anaknya.

Namun, apa yang lebih membuatkan ramai terharu adalah gambar tersebut dimuat naik ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri, semalam.

“Selamat hari raya maaf zahir batin,” tulis Puteri Sarah ringkas di satu posting Instagramnya.

Menerusi ruang komen, peminat serta rakan artis dilihat meluahkan rasa gembira dengan dengan situasi berkenaan.

Ada yang mengatakan mereka telah lama menantikan gambar Puteri Sarah bersama keluarganya.

Tidak kurang juga yang mendoakan supaya keluarga ini dijauhi anasir jahat.

“Suka gambar ni, tak tahulah kenapa”

“Sehingga berbahagia ke syurga Allah”

“Finally, Alhamdulillah dah lama tunggu gambar ni. Semoga hubungan ini diberkati sebarang anasir jahat,” kata beberapa netizen.

Sekadar info, Puteri Sarah mendirikan rumah tangga dengan Syamsul pada 8 Mac 2014 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam serta Summayah.

Rumah tangga pasangan ini kemudian didakwa berantakan selepas kedua-duanya dilihat muncul di pejabat agama sekitar penghujung tahun lalu.

Walaubagaimanapun, sekitar Januari lalu, kemelut rumah tangga mereka sudah pun menemui jalan penyelesaian biarpun ada ‘pihak’ tertentu dikatakan kurang senang.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:Gempak

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“L4ma Dah Tunggu Gambar Ni” – Peminat D0akan Terbaik Bvat Rumah T4ngga Syamsul Yusof Dan Puteri Sarah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*