Neelofa Tetap Unggul Di Instagram Biarpun Menerima Kec4man

Walaupun sering menerima kecaman sejak bergelar isteri, pengacara TV, Neelofa menguasai dunia instagram dengan jumlah pengikut tertinggi 8.6 juta. Jumlah sukaan untuk hantaran yang dimuatnaik juga boleh mencapai sehingga melebihi setengah juta sukaan.

Jumlah itu mengatasi jumlah pengikut instagram penyanyi nombor satu tanah air, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang mempunyai 8.2 juta pengikut. Pada tahun lepas Datuk Seri Siti berada di kedudukan nombor satu pengikut instagram tertinggi dengan jumlah 7.8 juta pengikut.

Selebriti-selebriti lain yang mengikut rapat di belakang Neelofa dan Datuk Seri Siti pula adalah pelawak Zizan Razak dengan 7.8 juta pengikut, pelakon Nora Danish (7.3 juta) dan pelakon dan pengacara yang juga merupakan menantu kepada Timbalan Menteri Di JPM, Mira Filzah (7.2 juta).

Pendakwah Ebit Liew pula menjadi individu bukan selebriti yang mempunyai pengikut tertinggi dengan jumlah 5.1 juta pengikut.

Kontroversi dan kecaman berterusan terhadap Neelofa, 32 dan suaminya Muhammad Haris, 26 bermula dengan perlanggaran SOP Covid-19 dengan kesalahan berulang kali sejak perkahwinan mereka pada penghujung Mac lepas.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:Cari

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Neelofa Tetap Unggul Di Instagram Biarpun Menerima Kec4man"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*