Temukan Izreen Dan Intan, ‘Awat Tak Jempvt Sheila Rusly Jumpa Janna?’

Bertemakan ‘buang yang keruh, ambil yang jernih’ sempena Syawal, netizen mempersoalkan pendekatan program Melodi Raya yang tidak menghubungkan silaturrahim antara pengacaranya, Janna Nick dengan penerbit popular, Sheila Rusly.

Kredit foto: IG Janna

Perihal tersebut mula menjadi perbualan netizen menerusi Twitter. Pada masa sama, netizen juga tidak berpuas hati dengan soalan-soalan yang diajukan Janna atau nama sebenarnya, Nurul Jannah Muner, ketika sesi curahan hati antara Izreen Azminda dan Intan Liana Saleh.

“Tak tahulah apa depa (pasukan Melodi) cakap sampai Intan itu setuju nak datang. Dekat YouTube semua tanya ‘awat tak jemput Sheila Rusly jumpa si Janna Nick tu’,” ciap seorang netizen di Twitter.

Hasil tinjauan Kosmo! Online juga mendapati rata-rata netizen tidak berpuas hati dengan soalan yang keluar dari bibir pelantun lagu Mungkin Saja itu.

Janna yang sebelum ini mengakui berdepan masalah mental, disifatkan tidak berhati perut dan tidak sensitif dengan situasi janggal Intan saat disatukan dengan wanita yang merampas suaminya tiga tahun lalu.

Antara soalan Janna yang mengundang amarah netizen, termasuklah ‘sudah jumpa pengganti atau belum?’

“Kami mahukan sis Sheila Rusly dan Janna Nick dalam #MelodiRaya,” getus seorang pengguna Twitter.

Terdahulu, Sheila dan Janna mempunyai hubungan yang sangat baik ibarat ibu dan anak. Sheila sering memanggil Janna berlakon di bawah produksi kendaliannya, Js Pictures.

Kredit foto: IG

Bagaimanapun, hubungan mereka retak sekitar awal 2019 disebabkan satu permasalahan yang masih tidak dapat dirungkaikan sehingga kini.

Kemelut hubungan kedua-dua selebriti itu bermula apabila Sheila didakwa memuat naik status seolah-olah menyindirnya di Instagram namun dinafikan oleh produser tersebut.

Isu tersebut terus hebat diperkatakan apabila Sheila berhenti mengikuti Instagram Janna malah ada mengatakan hubungan dingin itu untuk menaikkan ‘rating’ drama terbaharu terbitan syarikatnya, Leftenan Zana.

Sehubungan itu, Sheila menjelaskan apa yang berlaku antara dia dan Janna langsung tiada kaitan dengan drama yang menampilkan Janna menjayakan watak utama.

Alasan Sheila, perselisihan faham berkenaan terlalu peribadi untuk dikongsi secara terbuka kerana melibatkan hal keluarga.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:K! ONLINE

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Temukan Izreen Dan Intan, ‘Awat Tak Jempvt Sheila Rusly Jumpa Janna?’"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*