Nissa Sabyan Dan Ayus Bakal Bernik4h D4lam Masa Terdekat

Khabar angin semakin bertiup kencang mendakwa penyanyi kumpulan Sabyan Gambus, Nissa Sabyan bakal mendirikan rumah tangga dengan rakan sekumpulannya, Ayus dalam masa terdekat.

Pernikahan kedua-dua selebriti itu dikatakan akan berlangsung di Masjlis Agama Jakarta Utara selepas genap dua bulan Ayus menceraikan isterinya, Ririe Fairus.

Bagaimanapun, Ketua Pejabat Agama (Urusan Nikah), Daerah Pondok Gede, Ahmad Fauzi berkata setakat ini pihaknya masih belum menerima sebarang permohonon borang nikah daripada Nissa dan Ayus.

“Memang sudah banyak gosip yang kami dengar mengenai perkara ini. Sehingga ke hari ini, pihak kami masih belum menerima sebarang pendaftaran nikah atas nama Nissa.

“Itu sahaja yang saya tahu buat setakat ini dan jika ada informasi lebih lanjut, saya akan beritahu nanti,” katanya.

Ahmad turut menjelaskan, pendaftaran pernikahan harus dilakukan 10 hari menjelang hari pernikahan dan setakat ini nama Nissa tiada dalam sistem rekod mereka.

Nissa sebelum ini didakwa menjadi punca kepada keretakan rumah tangga Ayus dengan bekas isterinya.

Ayus dan Ririe sah bercerai pada Mac lalu dan hasil perkahwinan, pasangan itu mempunyai dua cahaya mata.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:mStar/ Liputan6

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Nissa Sabyan Dan Ayus Bakal Bernik4h D4lam Masa Terdekat"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*