“Sudah-sudahlah Neelofa” – Netizen

PETALING JAYA – Nama selebriti sensasi, Neelofa sekali lagi sohor kini (trending) dalam Twitter susulan sebuah video rakaman sambutan hari raya keluarganya tular sejak semalam.

Namanya menjadi bahan bualan hangat netizen selepas muncul dalam lebih 6,000 ciapan Twitter hari ini.

Rata-rata netizen melahirkan rasa kec3wa dengan tindakan keluarga bekas pengacara MeleTOP itu disaat ramai yang tidak dapat berhimpun dengan keluarga pada hari raya.

Malah, ada juga netizen berharap agar selebriti berniqab itu menunaikan janjinya untuk menjadi individu yang lebih baik dan menjaga sensitiviti masyarakat.

“Berapa kali hendak panggil dia ke blai polis? Harap kesilpan kali ini menyedarkan dia sekeluarga,. Cukuplah Neelofa,” tulis seorang pengguna Twitter.

“Noor Nabila yang kongsi video, nama Neelofa yang sohor kini,” tegur seorang lagi netizen.

“Tolonglah beri hukvman b3rat kepada dia sekeluarga. Ini kali keberapa dia l4nggar prosedur operasi standard (S0P)?,” ujar seorang lagi pengguna Twitter.

Dalam pada itu, hari ini, beberapa ahli keluarga pemilik jenama tudung Naelofar itu telah hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields hari ini.

Kosmo! hari ini turut melaporkan pihak polis telah bakal menjalankan sias4tan selepas menerima sebuah laporan dkw4aan Neelofa dan keluarga ingkar SOP kerana berkumpul pada sambutan hari raya di sebuah rumah di Taman Tun Dr. Ismail baru-baru ini.

Siasatan awal mendapati video tular yang berdurasi selama 26 saat itu memaparkan beberapa ahli keluarga selebriti berkenaan didapati berkumpul di sebuah rumah pada 1 Syawal lalu.

Difahamkan video tersebut dimuat naik oleh kakaknya, Noor Nabila namun telah dipadam tidak lama kemudian.

Untuk rekod, ini bukan merupakan kali ketika nama Neelofa terpalit dengan isu pelnggaran S0P.

Sebelum ini, dia dan suaminya, Haris Ismail turut dipanggil pihak polis bagi memberi keterangan berhubung dkwaan mereka berada di premis menjual karpet di Pusat Perniagaan di Nilai 3, Negeri Sembilan pada 2 Mei lalu.

Terdahulu, Terdahulu, Neelofa dan beberapa ahli keluarga lain dikenakan kompaun berjumlah RM60,000 atas kesalahan melanggar SOP pada majlis perkahwinan yang berlangsung pada 27 Mac lalu.

Selain itu, kompaun tersebut termasuklah kesalahan salah guna kebenaran merentas negeri atas urusan kerja ke Pulang Langkawi, Kedah baru-baru ini.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:kosmo

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Sudah-sudahlah Neelofa” – Netizen"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*