Ziarah Raya, P0lis Panggil Semua Ahli Keluarga Norman Hakim

Tular foto didakwa melanggar prosedur operasi standard (SOP), kesemua ahli keluarga pelakon Norman Hakim akan dipanggil pihak polis untuk memberi keterangan.

Memetik laporan Malaysia Gazette, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Esha berkata pihaknya menerima satu laporan polis berkaitan pelanggaran SOP tersebut.

“Gambar berkenaan menunjukkan sambutan hari raya bersama seisi keluarga yang disyaki tidak tinggal sebumbung di kediaman selebriti terbabit yang terletak di Hulu Klang, Ampang, Selangor.

“Terdapat lebih kurang 13 individu disyaki satu keluarga yang dipaparkan dalam gambar berkenaan,” katanya.

Seperti diketahui, Majlis Keselamatan Negara sebelum ini mengumumkan ziarah hari raya dan aktiviti berkenaan adalah tidak dibenarkan sepanjang tempoh PKP dilaksanakan.

Terdahulu, foto sambutan raya keluarga selebriti Norman Hakim dan Abby Abadi menjadi perhatian apabila netizen mempersoalkan tentang SOP.

Rata-rata netizen mempertikaikan bukankah tidak boleh aktiviti menziarah pada Aidilfitri, namun hairan bagaimana mereka boleh bergambar satu keluarga pada raya pertama.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:rotikaya

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Ziarah Raya, P0lis Panggil Semua Ahli Keluarga Norman Hakim"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*