“Kau Ingat Kau Kayangan Sangat? Mel4mpau!” – VIDEO Netizen S0kong Azwan Ali ‘S0und’ Neelofa, Mahu Disvmbat Penj4ra

Nama Neelofa sekali lagi menjadi sebutan ramai selepas dia didakwa menyambut Syawal baru-baru ini bersama ahli keluarganya. Melalui sebuah video yang dimuat naik kakaknya, Noor Nabila (namun telah dipadam) keluarga itu yang dikatakan tidak tinggal bersama didakwa melanggar prosedur operasi standard (SOP) kerana ziarah serta beraya bersama.

Lebih membuatkan rakyat berasa marah kerana selebriti itu telah melanggar SOP yang ditetapkan lebih daripada 2 kali. Melalui Twitter, seorang netizen ada menyenaraikan kesalahan melanggar SOP yang telah dilakukan isteri PU Riz itu.

Sumber: Twitter

Rakyat berasa terkilan dan marah kerana menurut mereka isu ‘double standards’ dalam kalangan VIP serta golongan T20 semakin obvious. Malah, kini ada petition yang dibuat bagi menuntut agar Neelofa dikenakan hukuman penjara kerana telah melanggar undang-undang banyak kali.

Azwan Ali ‘sound’, netizen sokong

Sementara itu, video temu bual wartawan bersama Azwan Ali menjadi viral di Twitter dan ramai netizen menyokong apa dikatakan selebriti berusia 55 tahun itu. Melalui video dari mStar itu, Azwan yang terkenal dengan panggilan Diva AA itu menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap Neelofa.

Dengan nada yang tegas dan serious, Azwan turut meluahkan rasa marahnya terhadap selebriti tersebut yang disifatkan sebagai angkuh dan sengaja melanggar SOP.

Kau ingat kau kayangan sangat? Kau against the law, kalau sekali aku boleh maafkan. Dua kali pun aku boleh terima lagi. Ini dah melampau-lampau!”

That shows how idiot you are!”

Sumber: Awani

“Berapa ramai orang lain berendam air mata, kubur pun tak boleh nak pergi”

Azwan turut membangkitkan isu serta nasib orang lain yang terpaksa menahan kesedihan tidak dapat bersama keluarga, malah melawat kubur sekalipun tidak dibenarkan oleh pihak berkuasa.

Kau tak tau berapa ramai berendam air mata tak boleh melawat (keluarga)? Kubur pun tak boleh pergi.”

Kerana kau macam-macam peraturan baru dikeluarkan. Kau menggeletis, show off macam kau bangga sangat beraya dengan keturunan kau.”

Kau sengaja sebab kau ingat boleh bayar kompaun kan? Kau yakin tak akan dipenjarakan kan?”

Sumber: FMT
Video tular Neelofa sekeluarga langgar SOP Aidilfitri
Tonton video di bawah: 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:Lobak Merah

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Kau Ingat Kau Kayangan Sangat? Mel4mpau!” – VIDEO Netizen S0kong Azwan Ali ‘S0und’ Neelofa, Mahu Disvmbat Penj4ra"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*