“Und4ng-Und4ng Kartun” Netizen Lvah R4sa Ber4ng Dengan Keny4taan PDRM Tentang Isv Ziarah Raya Neelofa

Seperti tidak serik melanggar prosedur operasi standard (SOP) ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, nama selebriti dan usahawan terkenal, Noor Neelofa Mohd Noor sekali lagi menjadi sebutan dan perhatian ramai kerana dikatakan ‘melanggar’ SOP ziarah ketika Syawal pertama pada 13 Mei lalu bersama ahli keluarganya.

Kali ini namanya menjadi perhatian berikutan sebuah video di Instagram yang di muat naik oleh kakaknya,  Noor Nabila tular di media sosial baru-baru ini yang menampakkan aktiviti ziarah sesama ahli keluarganya di kediaman mereka di Wilayah Persekutuan.

Keadaan menjadi semakin hangat apabila netizen mula mempersoalkan perkara itu kerana umum mengetahui bahawa aktiviti ziarah di kawasan PKP adalah tidak dibenarkan ketika hari raya Aidilfitri disambut, sehingga perkara ini mendapat perhatian pihak polis.

Mengikuti perkembangan terkini, pihak Polis Diraja Malaysia telah menyiasat selebriti tersebut dan telah mengeluarkan satu kenyataan media menerusi laman sosial Twitter (@PDRMsia) :

Baca artikel berkaitan : Asyik Nama Neelofa Naik Isu Langgar SOP, Warganet Mahu Selebriti Lain Turut Dikenakan Tindakan

Melihat kepada kenyataan media yang pertama di muat naik, KPD Brickfields memberitahu bahawa pergerakan di dalam Wilayah persekutuan Kuala Lumpur dibenarkan dan ianya dikira sebagai satu kawasan jangkitan.

Selepas menerima pelbagai soalan dan kecaman, PDRM mengeluarkan kenyataan yang kedua, mengatakan bahawa pergerakan di dalam Wilayah Persekutuan adalah dibenarkan namun aktiviti ziarah raya tetap tidak dibenarkan untuk mana-mana individu sekali pun.

Oleh itu, pihak KPD Brickfields meminta orang ramai untuk tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan video selebriti tersebut yang tular sebelum ini.

Lihat reaksi dan respon netizen mengenai perkara ini :

Isu pelanggaran SOP ini bukanlah kali pertama dilakukan oleh selebriti tersebut, mungkin disebabkan itu ramai warganet sudah mula berasa berat sebelah dan muak dengan ‘SOP double standard’ terhadap golongan selebriti, kayangan dan menteri.

Dalam pada itu, mengikuti perkembangan siasatan kes perlanggaran SOP PKPB ke Nilai, Negeri Sembilan, Neelofa dan suaminya, Muhammad Haris Mohd Ismail (PU Riz) akan didakwa di Mahkamah Seremban pada 20 Mei 2021 atas dua pertuduhan gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Dua pertuduhan berkenaan ialah gagal membuat imbasan aplikasi MySejahtera untuk ‘check in’ atau menulis secara manual serta tidak memakai pelitup muka di tempat awam.

Apa-apa pun, terus kekal patuh SOP, jaga diri dan lindungi keluarga kita dari dijangkiti virus Covid-19.

Berita lanjut menyusul.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:Twitter PDRM

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Und4ng-Und4ng Kartun” Netizen Lvah R4sa Ber4ng Dengan Keny4taan PDRM Tentang Isv Ziarah Raya Neelofa"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*