“Mana Boleh Mak4n Dakw4t Sot0ng Kan H4ram!”-Siti Sarah Dil4bel B0doh, T4k Tahu Hukvm Ag4ma

Siti Sarah dilabel bodoh dan tak tahu hukum agama apabila memasak juadah sotong masak hitam.

“Mana boleh makan dakwat sotong kan haram!! Bodoh betul,” tulis netizen terbabit.


Terkilan dengannya, Sarah meminta suaminya, Shuib untuk bertanya kepada Imam Muda Asyraf.

Menurutnya makan dakwat sotong adalah harus dan bukannya haram.


“Sarah ini memang tak pandai… banyak nak kena belajar tapi orang yang konon tahu semua benda tak payah la senang-senang nak bodohkan orang. Jaga adab bila nak cakap. Cuba kalau Sarah bodoh-bodohkan orang yang Sarah tak kenal, sudah tentu ramai melenting punya.

“Bila Sarah sendiri pun keliru ada teguran macam tu, terus minta tolong Shuib bertanya kepada Imam Muda Asyraf.

“Terima kasih Iman Muda sudi bagi pencerahan. Ha, Iman Muda salah ke? Jangan pula ada yang nak pertikai lagi sebab mufti sendiri ada beri penjelasan kat website dia. Dalam tu boleh baca, hukum makan dakwat sotong adalah harus,” tulisnya di Instagram.

Foto: IG

Iman Muda Asyraf menjelaskan, “Memang kalau ikut Mazhab Shafiʽi dan sebahagian fakwa pun kata dakwat sotong dikategori sebagai najis. Setiap dalam perut binatang sama ada ikan atau apa saja termasuk dakwat sotong adalah najis.

“Cumanya, pandangan-pandangan zaman pada hari ini, antaranya sebahagian ulama contohnya Mufti Wilayah Perseketuan kata tidak haram kerana ia bukan najis sebab dah jadi sebahagian sotong.

“Jadi, untuk selamat kalau sotong itu dimasak terus dengan dakwat harus bersih… tak ada masalah. Kalau beli dakwat sotong asing, kita masukkan… itu kalau boleh dielakkan lebih baik untuk keluar daripada perselisihan pandangan para ulama.”


Sementara itu, Sarah menambah, “Ha, siapa yang cakap bodoh tu? Tak baik tau. Takkan la tahap mufti yang hebat bab agama main suka-suka hati nak jatuhkan hukum kan. Lepas tu ada juga yang forward kat Sarah video penjelasan PU Azman fasal benda ni.

“Jadi lepas ini masaklah sotong masak hitam tenang-tenang… tak payah was-was atau rasa geli. Ada mufti dah jelaskan pun yang dakwat hitam tu dah jadi sebahagian daripada sotong tapi kalau nak faham lagi dengar voice note tu.

“Kita sama-sama belajar okay. Janganlah sebab satu benda tu korang tak setuju terus gelar orang bodoh. Tak baiklah.”

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:cari

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.