“Mungkin Kalau Tak Bagi Zvriat Kat Sini, All4h Bagi Nanti Kat Sana”

Sudah lima tahun mendirikan rumah tangga, pelakon Siti Elizad tidak pernah putus asa dan sentiasa berdoa agar dikurniakan seorang cahaya mata suatu hari nanti.

Menganggap ianya sebagai satu ujian, Elizad berkata dia reda dan sentiasa bersyukur dengan apa yang dimilikinya hari ini.

“Alhamdulillah, mengenali diri saya jarang sangat bersedih. Jadi saya tidak malu untuk berkongsi. Tiada apa yang sempurna dalam dunia, jadi dalam masa yang sama saya mahu berkongsi kebaikan.

“Kebahagiaan bukan diukur melalui zuriat, walaupun sedih untuk ditelan tetapi kebahagiaan datang bila kita terima seadanya,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Mengalami keguguran pada tahun lalu, Elizad berkata dia turut menjalin hubungan baik dengan mereka yang senasib dengannya untuk berkongsi segala masalah.

“Memang rasa sangat dihargai, dalam masa yang sama bukan diri saya seorang sahaja berhadapan dengan ujian ini. Jadi ada yang berkongsi segala masalah yang dihadapi termasuk mengalami kegagalan rawatan seperti saya,” katanya.

Tidak berputus asa dan sentiasa bersikap positif, Elizad berkata dia kini juga dalam perancangan untuk memulakan kembali rawatan kesuburan in-vitro (IVF).

“Mungkin kalau Allah tak bagi zuriat kat sini, bagi nanti kat sana. Itu janji Allah. Soal rawatan memang akan buat dalam tempoh terdekat. Sambung IVF kembali, cuma dalam tempoh pandemik kena cari waktu yang lebih sesuai,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:Rotikaya

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Mungkin Kalau Tak Bagi Zvriat Kat Sini, All4h Bagi Nanti Kat Sana”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*