“Tol0nglah l0ckdown” – Bert4lu T4lu K3s P0sitif,Frontliners Terb4ring Kepen4tan Dan Bergelimp4ngan Und4ng Seb4k

Semalam dan hari ini, angka kes positif harian C0v1d-19 di Malaysia mencecah 6 ribu sekaligus menjadi kes tertinggi pernah dilaporkan di negara ini.

Situasi itu menimbulkan kegusaran dalam hati ramai orang terutamanya golongan barisan hadapan yang bekerja keras dan berkhidmat tanpa rehat secukupnya demi membendung penularan virus ini. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Itulah yang dilalui frontliners di sebalik tabir dalam ‘peperangan’ ini.

Melalui sebuah video TikTok dikongsi oleh seorang anggota barisan hadapan, Faizal Hamed menunjukkan para petugas kepenatan terbaring beramai-ramai untuk berehat walaupun cuma seketika.

Dengan masih lengkap berpakai PPE, petugas barisan hadapan itu semua boleh dilihat tidur dan dalam keadaan tidak bermaya kerana keletihan yang melampau. Bukan setakat penat, mereka juga terpaksa t4han panas kerana memakai sut PPE itu sepanjang masa.

Melihat keadaan itu, ramai netizen berasa sebak dan bersimpati dengan situasi dilalui para petugas semua. Ramai yang meninggalkan komen berkata yang mereka tidak dapat bayangkan peng.orbanan frontliners.

Selain itu ramai yang turut meluahkan rasa kecewa dan geram dengan pihak yang masih memandang remeh dengan wabak yang sudah mer.agut 2,099 ny.awa di negara kita setakat ini. Ada yang turut mencadangkan agar lebih banyak video menunjukkan realiti dan keadaan sebenar seperti ini terus disebarkan bagi tujuan menaikkan kesedaran.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:lm

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Tol0nglah l0ckdown” – Bert4lu T4lu K3s P0sitif,Frontliners Terb4ring Kepen4tan Dan Bergelimp4ngan Und4ng Seb4k"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*