“Ti4da Mask, Ti4da Jarak..”- Netizen D4kwa TMJ, JDT T4k Ikut SOP Pada Majlis Perpis4han

Netizen mempersoalkan sama ada Putera Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) tidak mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) pada satu majlis makan malam baru-baru ini.

Laman Johor Southern Tigers di Twitter dan Facebook pada pukul 11 malam 10 Mei lalu memuat naik gambar Tunku Ismail dan pasukan JDT mengadakan jamuan perpisahan untuk meraikan pemain tengah Hariss Harun, yang juga merupakan ketua pasukan berkenaan.

JDT mengumumkan Harris mengundurkan diri daripada skuad itu pada awal hari berkenaan.

Di media sosial, pelbagai reaksi diberikan terhadap majlis makan malam itu dengan mengkritik tindakan putera mahkota dan JDT kerana melanggar peraturan yang melarang acara sosial.

Mereka juga mempersoalkan mengapa penjarakan fizikal tidak dipatuhi.

Ramai turut menandakan akaun Twitter pihak polis dan Menteri Pertahanan Ismail Sabri Yaakob bagi bertanya sama ada tindakan akan diambil atas insiden itu.

Tidak jelas di mana majlis makan malam perpisahan itu diadakan.

PKP, PKBB di beberapa kawasan

Pada masa itu, beberapa daerah di Johor iaitu Johor Bahru, Kulai dan Kota Tinggi dikenakan perintah kawalan pergerakan (PKP), manakala daerah-daerah lain dikenakan Perintah Kawalan Pegerakan Bersyarat (PKPB).

Bagaimanapun, garis panduan Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi PKP dan PKPB pada 10 Mei melarang sebarang penganjuran acara sosial.

Sebelum itu SOP bagi PKPB yang bermula 6 Mei membenarkan majlis sosial diadakan pada kapasiti ruang 50 peratus, namun menegaskan pemakaian pelitup muka dan penjarakan sosial perlu dipatuhi.

Malaysiakini juga sedang cuba mendapatkan respons daripada istana Johor.

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dalam perutusan Hari Raya Aidilfitri pada 13 Mei lalu bertitah bahawa adalah penting bagi rakyat mematuhi SOP bagi memutuskan rantaian jangkitan Covid-19.

Sultan Ibrahim bertitah, langkah itu termasuk penggunaan pelitup muka dan menjaga penjarakan fizikal.

Pada 11 Mei, Ismail Sabri berkata polis perlu mengeluarkan kompaun serta merta kepada sesiapa sahaja yang melanggar SOP, tidak kira sama ada mereka golongan ‘kayangan‘ (VIP) atau orang biasa.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:MK

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Ti4da Mask, Ti4da Jarak..”- Netizen D4kwa TMJ, JDT T4k Ikut SOP Pada Majlis Perpis4han"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*