Isv Nilai 3 Terletak Di Selangor Trending Hingga Maklumat Wikipedia Diubah Dan Disi4sat P0lis

Jumlah terkini mereka yang menandatangani petisyen yang mahu tind4kkan tegas diambil kepada selebriti Neelofa sudah pun mencecah sehingga 72 ribu orang setakat artikel ini ditulis. Rata-rata ramai orang  tidak berpuas hati dengan kenyataan pihak berkuasa yang menyatakan tiada dakw4an dibuat ke atas Neelofa dan suami untuk kes4lahan merentas negeri ketika cerita mengenai pasangan ini ke Nilai 3 baru-baru ini untuk membeli karpet tular.

Bukan hanya petisyen, malah orang ramai turut menyebarkan ‘troll’ yang kononnya menyatakan Nilai 3 berada di negeri Selangor. Mungkin, itu dilihat sebagai satu ‘slndiran’ bagi netizen namun tidak bagi pihak Polis.

Terbaru, tular juga di media sosial apabila pihak Polis membuka kertas sias4tan berhubung kes seorang pemilik akaun Facebook yang dikenali sebagai N9 RADAR yang dikatakan menyebarkan berita palsu yang boleh menimbulkan kekeliruan awam mengenai isu Nilai 3 terletak di negeri Selangor.

Menurut pihak Polis, Nilai 3 adalah kawasan pentadbiran IPD Nilai, Negeri Sembilan dan bukannya terletak di Selangor.

Netizen ubah maklumat di Wikipedia

Mungkin ingin lebih impak, netizen turut mengubah maklumat di Wikipedia apabila carian maklumat mengenai bandar Nilai 3 kini dipengaruhi oleh frasa ‘Carpe diem’ yang diterjemahkan oleh orang tempatan sebagai “mau beli karpet mestilah diem-diem.”

Tinjauan ini dilakukan oleh Kosmo! yang mendapati pengubahsuaian itu dilakukan beberapa kali oleh individu tidak dikenali bermula pagi semalam.

Kemaskini perkembangan kes merentas negeri neelofa dan suami, Pejabat Peguam Negara membuat keputusan tidak mengenakan tudvhan rentas negeri terhadap pasangan tersebut selepas video pasangan sedang membeli karpet di Nilai 3 menjadi bualan ramai.

Tidak dipastikan mengapa tiada dakw4an dibuat kerana tiada juga penjelasan jelas mengenai hal tersebut. Apa pun, diharapkan pihak berkuasa lebih telus dalam menjatuhkan hukvman kepada mereka yang sepatutnya dijatuhi hukvman agar tiada gelaran ‘busuk’ yang mengatakan pihak berkuasa ‘double standard’ didengari lagi.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:fm

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Isv Nilai 3 Terletak Di Selangor Trending Hingga Maklumat Wikipedia Diubah Dan Disi4sat P0lis"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*