Neelofa Hil4ng 100,000 Pengikut Di Instagram

Sejak minggu lalu hangat diperkatakan mengenai pengacara dan usahawan popular, Neelofa yang didakwa sudah beberapa kali melanggar prosedur operasi standard (SOP) sehingga dikecam teruk oleh netizen.

Meskipun merupakan selebriti paling ramai pengikut di Instagram, namun kontroversi terpalit dirinya itu memberi sedikit kesan terhadap bekas pengacara MeleTOP itu apabila jumlah pengikutnya mengalami penurunan.

Sebelum ini jumlah pengikutnya adalah sebanyak 8.6 juta, namun kini menurun menjadi 8.5 juta sahaja.

Difahamkan hari ini, Neelofa tampil memberi keterangan di IPD Seremban selepas didakwa tidak memakai pelitup muka di Mahkamah Majistret Seremban pada Khamis lalu.

Terdahulu, kecoh di media sosial apabila pasangan itu didakwa atas pertuduhan tidak membuat imbasan aplikasi MySejahtera serta tidak memakai pelitup muka dan bukan atas kesalahan rentas negeri.

Malah, Pejabat Peguam Negara membuat keputusan untuk tidak mengenakan tuduhan rentas negeri terhadap selebriti pasangan itu.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:Rotikaya

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Neelofa Hil4ng 100,000 Pengikut Di Instagram"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*