Pendi4m Tapi Mvlut Berbis4, Netizen T4k Perc4ya Mira Filzah Mampu ‘M4ki’ Bila M4rah

Siapa tidak kenal dengan pelakon popular Mira Filzah sebagai wanita melayu terakhir yang penuh dengan kelembutan ketika berbicara, manis tertib gaya pemakaiannya serta lemah-lembut keperibadiannya.

Hampir dikatakan semua lelaki diluar sana pernah mengimpikan wanita seperti Mira Filzah untuk dijadikan sebagai calon isteri pada suatu ketika dahulu.

Malah, Mira pernah dikatakan menjadi penanda aras bagi kebanyakan lelaki yang mahu mencari calon isteri, meskipun dirinya sudah  dimiliki sepenuhnya oleh suaminya, Wan Emir Astar.

Menerusi sumber sebuah laman portal, Mira pernah menidakkan perwatakkannya yang mereka lihat itu hanyalah daripada luaran sahaja malah ramai yang masih tidak mengenalinya secara peribadi.

Mira itu umpama air tenang jangan disangka tak ada buaya, walaupun dirinya bersifat pendiam tetapi berani dan tegas dalam memberikan pendapat.

Memuat naik ciapan di Twitter miliknya, Mira mengecam tindakan seorang wanita yang tidak bertanggungjawab dalam mengeluarkan kenyataan di media sosial tanpa usul periksa sehingga mengakibatkan pelbagai kekeliruan yang timbul.

Menerusi laman Twitter, Mira atau nama penuhnya Nur Amirah Filzah Badioezaman meluahkan rasa bengang dengan berkongsi semula ciapan mengenai seorang wanita berhubung kes berita palsu yang dikeluarkan oleh individu terbabit.

“Boleh tak yang nak post apa-apa dekat Instagram ke Twitter ke buat content ke, kenyataan ke, bergurau ke, pakai otak sikit?”

Disebabkan ciapan yang dikongsikan itu seperti berbaur nada marah dan sinis, rata-rata warganet meluahkan rasa terkejut dan masih tidak percaya bahawa kenyataan berupa sedemikian adalah daripada pelakon ‘cukup pakej’ Mira Filza.

Walau bagaimanapun, susulan video yang tular itu telah mendakwa pelbagai spekulasi yang salah mengenai Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan mengatakan pihak (KKM) telah menyembunyikan punca sebenar kematian arwah atlet memanah negara  yang berpunca daripada saluran darah tersumbat akibat pengambilan vaksin.

Tuduhan yang dilemparkan itu mampu memberi pandangan serong terhadap kesan pemgambilan vaksin kepada masyarakat serta dikategorikan sebagai berita palsu.

Mengetahui bahawa Mira Filzah merupakan salah seorang selebriti yang kerap memberi infomasi mengenai penularan wabak Covid-19 dalam negara, pastinya beliau amat kesal akan berita palsu sebegini yang mampu mempengaruhi masyarakat terhadap kesan pengambilan vaksin.

“Saya lihat Mira Filza selalu share pasal covid dekat ig story dia bagi sap yang follow, jadi tak heran lah kalau dia marah or tegas pasal ni. Good Job Mira!”

Jadi betul lah tu tindakan Mira, yang jelas bukanlah selebriti ini marah tanpa usul periksa, seharusnya kita melihat dari sudut positif mengenai nasihat yang diberikan agar tidak lagi terjadi sebarang penularan berita palsu.

Warganet dinasihatkan untuk berfikir dahulu sebelum bertindak agar tidak terjadi lagi perkara sebegini yang mampu mengundang kecaman orang ramai.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:Twitter Mira Filzah

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

 

Be the first to comment on "Pendi4m Tapi Mvlut Berbis4, Netizen T4k Perc4ya Mira Filzah Mampu ‘M4ki’ Bila M4rah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*