Bvdak 5 Tahun ‘Kerj4’ Dari Pagi Sampai Petang Cari Rezeki Untuk Keluarga

Demi mencari rezeki, seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun terpaksa ‘bekerja’ dengan mencari barang terbuang dan terpakai di kaki lima jalanan dekat sini.

Aksi kanak-kanak sempat pemilik akaun TikTok @abigaielll sebelum tampil menghulurkan bantuan.

Lebih mesra dipanggil Abigaiel, 21, dia mendekati kanak-kanak malang yang dilihat duduk di kaki lima sambil membawa karung guni mengandungi barang terpakai.

“Kanak-kanak ini ‘bekerja’ dari pagi hingga jam 6 petang setiap hari sendirian. Bapanya tidak bekerja terpaksa menjaga adiknya yang masih kecil manakala ibu telah meninggal dunia,” katanya.

Simpati melihat keadaan kanak-kanak yang kehausan dan dalam kelaparan, Abigaiel membawanya ke sebuah kedai untuk membeli makanan.

“Dia hanya mahu air minuman sahaja kerana haus tetapi saya minta dia ambil apa sahaja makanan kerana tahu dia letih mencari barang terpakai sejak dari pagi,” ujarnya.

@abigaielll

🙁 adekny baik banget

♬ Yang Terbaik Bagimu – Jangan Lupakan Ayah – Ada Band


Abigaiel juga menyelar tindakan pihak kerajaan yang tidak peka terhadap golongan kurang mampu kerana di daerah Cengkareng, ramai menjadi pengemis gara-gara tiada pekerjaan akibat pandemik Covid-19.

“Sebenarnya, ramai daripada mereka adalah kanak-kanak, wanita dan warga emas. Mereka terpaksa mengemis, mencari barang-barang terpakai untuk mencari rezeki.

“Pada pendapat saya, pemerintah Indonesia masih kurang peka terhadap golongan kurang mampu sedangkan mereka sangat perlukan bantuan untuk meneruskan kehidupan,” katanya.

Sementara itu, Abigaiel mengakui bahawa video yang dimuat naiknya mendapat reaksi positif daripada warganet.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:sinar harian

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Bvdak 5 Tahun ‘Kerj4’ Dari Pagi Sampai Petang Cari Rezeki Untuk Keluarga"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*