Netizen Pvas H4ti Tajuddin Telah Dipec4t Serta Merta, Namun Ini Status Najib Sebelum Dipec4t

Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman yang juga Ahli Parlimen Pasir Salak dipecat dari jawatannya sebagai pengerusi Prasarana Malaysia Bhd, berkuat kuasa serta-merta.

Perkara itu dinyatakan dalam sepucuk surat yang ditandatangani Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz.

Menerusi surat tersebut, Tengku Zafrul turut mengucapkan terima kasih kepada Tajuddin atas perkhidmatannya.

Susulan berita itu, hasil tinjauan di media sosial mendapati rata-rata netizen meluahkan rasa puas hati dengan pemecatan tersebut kerana akhirnya desakan rakyat didengar.

Terdahulu, satu petisyen dilancarkan menggesa pemecatan Tajuddin mendapat lebih 130,000 penandatangan serta tular tanda pagar #LetakJawatanTajuddin dan #TajuddinLetakJawatan kini di Twitter.

Ia berikutan tindakan Tajuddin sewaktu sidang media secara berjenaka.

Dia memberitahu wartawan keadaan kemalangan dalam terowong bawah tanah itu adalah ‘normal dengan hanya dua tren bersama, saling bercium’.

“Nak Pecat, Pecat je lah”

Malah, Tajuddin juga disifatkan tidak profesional apabila gagal hadir ke lokasi kejadian pada malam kemalangan berlaku serta memberi.

Dia memberi alasan tidak dapat hadir kerana baru selesai bermesyuarat dan bersiap sedia untuk mendapatkan dos kedua vaksin Covid-19.

Najib Nasihat Tajuddin

Terdahulu, Najib dalam siaran terbarunya telah menelefon Tajuddin yang masuk umur 73 tahun, untuk memberikan kata dua nasihat.

“Sebentar tadi saya telefon Pengerusi Prasarana, Tajuddin Abdul Rahman yang juga merupakan Ahli Parlimen UMNO. Dan dia boleh agak apa yang saya nak cakap.

Beliau mengaku buat kesilapan dalam sidang media mengenai kemalangan LRT.

Justeru, beliau menerima nasihat serta teguran saya untuk:

1) Meminta maaf atas cara pengendalian sidang media sebab tragedi di mana ramai cedera parah bukan masa untuk berseloroh.

Dia akui, dia tak sepatutnya mengendalikan sidang media sebegitu rupa.

Dia sendiri akui, sidang media itu sepatutnya dikendalikan dengan lebih baik dan penuh empati serta maklumat.

Dia juga akan meminta maaf kepada wartawan yang hadir terutama wartawan Phoenix TV.

2) Selain menanggung kos perubatan penuh, Tajuddin juga akan meminta Prasarana menaikkan jumlah bantuan kewangan kepada mereka yang cedera dari RM1,000 ke satu angka yang lebih memuaskan.

Ini bukan pampasan tetapi bantuan kecemasan untuk mangsa.

Prasarana juga akan membantu mangsa untuk menuntut pampasan dari PERKESO dan dari majikan yang mempunyai insurans swasta bagi pekerja.

3) Berjanji bahawa dia akan memastikan siasatan penuh punca tragedi tidak akan menyorok sebarang maklumat.

Atau melindungi sesiapa serta memastikan penambah baik SOP keselamatan akan dilaksanakan secepat mungkin agar tragedi seumpama ini tidak berulang.

4) Berjanji akan letak jawatan sebaik sahaja MKT UMNO arahkan semua ahli UMNO untuk meletak jawatan pada masa yang sesuai seperti keputusan PAU UMNO beberapa bulan lepas.

Saya berterima kasih pada YB Tajuddin yang merupakan sahabat lama saya sebab terbuka hati dengan nasihat dan teguran saya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:Najib, Free Malaysia TodayMalaysiaKini

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Netizen Pvas H4ti Tajuddin Telah Dipec4t Serta Merta, Namun Ini Status Najib Sebelum Dipec4t"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*