Siti Nurhaliza, Datuk K Dik0mp4un RM10,000

PENYANYI nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan suami, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa masing-masing dikompaun RM10,000.

Ia susulan kegagalan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) ketika majlis tahnik anak kedua mereka, awal Mei lalu.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed hari ini, lapor Harian Metro.

Turut dikompaun, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri serta penceramah Ustaz Azhar Idrus dan Ustaz Don Daniyal dan Ustaz Iqbal.

Mereka dikenakan kompaun sebanyak RM2,000 setiap seorang.

Awal bulan ini, polis membuka kertas siasatan terhadap penganjuran majlis tahnik anak Siti Nurhaliza yang didakwa melanggar SOP Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Esha dilaporkan berkata siasatan dijalankan di bawah Peraturan 19 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021 susulan satu laporan polis dibuat berkaitan isu tersebut.

Majlis tersebut dihadiri tetamu kenamaan termasuk Zulkifli serta beberapa penceramah dan pendakwah.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk)

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:Malaysia post

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Siti Nurhaliza, Datuk K Dik0mp4un RM10,000"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*